Gol hebat Correa bantu Atletico kongsi mata - EDISI SIASAT

Gol hebat Correa bantu Atletico kongsi mata

Read Time:1 Minute, 39 Second
Gol hebat Correa bantu Atletico kongsi mata
Penyerang Atletico Madrid, Angel Correa meraikan jaringannya ketika berdepan Villarreal dekat Stadium La Ceramica dekat Vila-real. – AFP

Gol hebat Correa bantu Atletico kongsi mata

MADRID: Angel Correa meledak gol menakjubkan dari jarak jauh ketika Atletico Madrid bangkit untuk seri 2-2 berdepan Villarreal.

Atletico mendahului dekat La Ceramica apabila Correa melepaskan sepakan mengatasi penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli namun mereka ketinggalan pada babak kedua menerusi gol Pau Torres dan Alberto Moreno.

Geoffrey Kondogbia kembali menyamakan kedudukan buat Atletico tetapi pemain tengah itu dibuang padang pada masa kecederaan kerana kad kuning kedua.

Selain itu, pemain Villarreal, Gerard Moreno juga gagal menyempurnakan penalti ketika Atletico berada di depan.

Gol dijaringkan Correa adalah yang ketujuh buatnya dalam kempen kali ini dan ia menjadi calon pilihan untuk gol terbaik musim ini ketika mengatasi Rulli yang juga rakan senegaranya, Argentina.

“Saya sangat mengenali Rulli dan saya tahu dia ada cara berdiri jauh dari pintu golnya,” kata Correa selepas perlawanan. “Saya merasakan boleh menjaringkan gol itu dan ia berlaku dengan baik.”

“Ia gol yang menakjubkan, ia boleh menjadi gol terbaik musim ini,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Villarreal hadir ke perlawanan itu selepas tewas 2-1 berdepan pasukan liga Segunda, Sporting Gijon pada Copa del Rey dan Unai Emery pastinya lebih kecewa kerana gagal mencipta kemenangan. – AFP

Gol hebat Correa bantu Atletico kongsi mata


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply