Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu - EDISI SIASAT

Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu

Read Time:3 Minute, 28 Second
Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu
Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di hentian Kuala Gris ke Stesen Dabong, Kuala Krai . – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu

KUALA KRAI: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas empat kakitangannya termasuk pemandu, pembantu pemandu, penyelia kereta api dan pemeriksa tiket susulan kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris sehingga menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, semalam.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Taha, berkata beberapa kakitangan lain yang terbabit dalam insiden semalam turut dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan yang akan dilengkapkan dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata pihaknya amat kesal dan memandang serius perkara itu dan satu panel siasatan sudah diwujudkan bagi membuat siasatan lebih terperinci dengan mengambil kira semua aspek sama ada dari sudut operasi, teknikal serta corak larian kereta api berkenaan.

“Pihak KTMB menganggap insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan kita akan pastikan beberapa langkah akan diambil bagi memastikan ia tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, tindakan yang akan diambil nanti bergantung kepada penilaian panel terhadap kes itu , selain turut mencadangkan kepada pihak pengurusan kereta api untuk tindakan yang perlu diambil dalam menyelesaikan insiden ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Hentian Kuala Gris, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Kawalan Operasi KTMB, Afzar Zakariya.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, panel siasatan yang diwujudkan dalam insiden berkenaan adalah prosedur biasa bagi membantu menangani sesuatu insiden yang berlaku dalam KTMB dan kejadian semalam adalah yang pertama kali.

Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu
Ketua Pengawai Operasi KTMB, Mohd Zain Taha (kanan) bertanya sesuatu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong ketika meninjau di hentian Kuala Gris ke Stesen Dabong. – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

“Dalam insiden semalam, pihak KTMB sekali lagi memohon maaf kepada semua warga Kuala Gris dan pelajar sekolah terutamanya kepada ibu bapa serta pihak SMK Dabong selain penduduk di kawasan sekitar di atas kejadian yang berlaku semalam,” katanya.

Media semalam melaporkan, keterujaan 100 pelajar SMK Dabong untuk ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 bertukar sebaliknya, apabila kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Situasi itu menyebabkan kesemua pelajar terbabit tidak dapat ke sekolah yang akhirnya pelajar itu kembali semula ke rumah masing-masing.

Sementara itu dalam tinjauan yang dilakukan di Hentian Kuala Gris pada pagi ini mendapati pelajar tetap menunggu kereta api di hentian berkenaan seawal jam 6.30 pagi untuk hadir ke sekolah dengan menaiki kereta api sebagai pengangkutan utama.

Seorang pelajar SMK Dabong, Nur Nabila Abd Rani, 19, berkata, dia menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak tujuh lalu.

Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong hadir memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada hari kedua persekolahan hari ini selepas turun dari kereta api di hentian Kuala Gris ke Stesen Dabong. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

“Insiden yang berlaku semalam adalah pertama kali dan ketika pulang ke rumah, ibu terkejut apabila saya memberitahu kereta api tidak berhenti dan berlalu pergi meskipun ramai pelajar sedang menunggu di hentian itu.

“Pada pagi ini, saya bersama dengan adik, Nur Najihah, 17, tetap menunggu kereta api seawal jam 6.30 pagi seperti kebiasaannya kerana ia pengangkutan utama selain menjimatkan masa untuk sampai ke sekolah,” katanya.

Empat kakitangan KTMB digantung tugas, siasatan 2 minggu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply