Ditahan disyaki curi komponen kereta pelanggan - EDISI SIASAT

Ditahan disyaki curi komponen kereta pelanggan

Read Time:1 Minute, 50 Second

Ditahan disyaki curi komponen kereta pelanggan

Ditahan disyaki curi komponen kereta pelanggan

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik dan enam pekerja sebuah bengkel cat kenderaan di Taman Keramat, Ampang dekat sini bagi membantu siasatan kecurian beberapa komponen kereta milik seorang pelanggan, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata tangkapan itu susulan aduan seorang peniaga berusia 50 tahun selepas mendapati beberapa komponen keretanya yang dihantar ke bengkel itu hilang.

“Pada 18 Disember lalu, pengadu menghantar kereta jenis PROTON Putra ke bengkel itu untuk dicat semula dan pada 2 Disember lalu, dia ke bengkel itu semula untuk mengambil kenderaannya.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati beberapa komponen seperti unit kawalan enjin (ECU), kabel ‘plug’ (palam), ‘dashboard camera’ (kamera papan pemuka), ECU F1CD, bateri kereta serta penutup ‘plug’ hilang dipercayai dicuri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, pemilik bengkel iaitu seorang lelaki tempatan serta enam pekerja bengkel warga asing berusia antara 21 hingga 60 tahun ditahan di sekitar Ampang, Rabu lalu untuk membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing yang dlakukan tidak mengesan sebarang pengambilan dadah dan semakan juga mendapat kesemuanya tiada rekod jenayah lampau.

“Enam suspek warga asing direman hingga 19 Januari ini manakala pemilik bengkel berusia 60 tahun direman hingga

hari ini dan akan dibebaskan dengan jaminan sementara polis melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan serta Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.

Pemilik bengkel turut disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ditahan disyaki curi komponen kereta pelanggan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply