Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas - EDISI SIASAT

Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas

Read Time:1 Minute, 28 Second
Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas
Anggota bomba melakukan operasi mencari Mohammad Syaril, dua tahun di kawasan sungai berikutan penemuan selipar di tepi sungai oleh ibu mangsa. – Foto ihsan Bomba

Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas

TAMBUNAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dalam kejadian di Kampung Sungai Zon Kumareling, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohammad Syaril dipercayai lemas selepas ibunya menemui selipar mangsa di tepi sungai di belakang rumah mereka.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda JBPM dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menerusi maklumat awal, mangsa dipercayai hilang di sungai berdasarkan kepada penemuan selipar mangsa di tepi sungai,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, maklumat berhubung keadaan operasi mencari kanak-kanak terbabit dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih dijalankan,” katanya.

Budak lelaki dua tahun dikhuatiri lemas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply