BLACK BERSYUKUR REZEKI MAKIN MELIMPAH - EDISI SIASAT

BLACK BERSYUKUR REZEKI MAKIN MELIMPAH

Read Time:2 Minute, 36 Second

BLACK BERSYUKUR REZEKI MAKIN MELIMPAH – BENGKEL CAT KERETA TAK TERJEJAS TERUK 

Seperti artis lain, penyanyi Black Hanifah, 33, juga turut berdepan situasi banjir di Selangor, baru-baru ini, dan tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya itu.

Black yang mengusahakan bengkel mengecat kenderaan dikenali Nyawa Black Body & Paint Works di TTDI Jaya, Shah Alam, menjalankan bisnes itu sejak 2017 lalu.

Beroperasi di bangunan kedai dua tingkat, Black berkata bahagian bawah kedai yang menempatkan kompresor dan oven untuk mengecat kereta, didapati tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Kejadian banjir pada 19 Disember lalu membuatkan tingkat bawah bengkel kereta saya hampir tenggelam, namun saya bersyukur ia tidak terjejas teruk. Alhamdulillah, semuanya okey. Barang-barang itu semua masih boleh diguna pakai semula. Tidaklah rugi apa-apa, kerana yang paling penting pekerja saya selamat.

“Mereka tak berdepan masalah dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Saya juga bersyukur kerana selepas selesai mencuci bengkel hingga kering dan sudah kemas sepenuhnya, tak sampai seminggu banyak kereta mula dihantar kepada kami untuk dicat. Itulah yang orang kata rezeki selepas banjir. Dugaan memang banyak yang datang, namun rezeki saya bertambah-tambah dikurniakan Allah SWT,” katanya.

Menurut Black, nampaknya Allah sudah menyusun dengan baik apa yang berlaku dalam kehidupannya kini meskipun harus berdepan ujian tidak diduga.

“Saya bersyukur dengan apa yang terjadi. Yang penting tiada kemalangan jiwa. Kehidupan saya pun kembali normal dan semuanya berjalan dengan lancar. Bagaimanapun saya kasihan juga tengok bengkel-bengkel lain yang baru nak mulakan perniagaan, tenggelam dalam kejadian banjir besat yang tidak pernah dijangka ini.

“Kepada mangsa-mangsa banjir yang hantar kereta ke bengkel saya, memang saya berniat nak bagi diskaun kerana simpati dengan mereka.Saya bagi harga berpatutan untuk ringankan beban mereka,” ujarnya lagi.

Perniagaan bermodalkan RM150,000 menjadi aset jaminan hidup Black dan keluarganya pada masa depan. Selain itu, ia juga bagi membantu isterinya, Naquia Yasirah atau Cira memiliki perniagaan sendiri untuk menyara ibu bapanya dan keluarga di kampung.

Dalam pada itu, Black yang mendirikan rumah tangga dengan Cira pada 2013 dan kini dikurniakan sepasang anak iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana, itu turut melahirkan keterujaan untuk berpindah ke kediaman baharunya berdekatan Saujana Utama, tidak lama lagi.

“Rumah ini dah dibeli sejak tiga tahun lepas. Dari biar begitu saja kerana tak diduduki, baiklah kami sekeluarga berpindah masuk ke situ. Lagipun, sekolah Daiyyan pun dekat situ juga,” tuturnya.

Terdahulu pada Oktober lalu, Black memuat naik hantaran videonya yang masuk ke rumah baharu menerusi perkongsian di Instagram. Menerusi video itu, Black tampil membacakan ayat Kursi bagi mengikut saranan ustaz dan ahli agama sekiranya masuk ke rumah baharu.

BLACK BERSYUKUR REZEKI MAKIN MELIMPAH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply