Apa Nasib Proton Kalau Masih Ikut Nasihat Mahathir? - EDISI SIASAT

Apa Nasib Proton Kalau Masih Ikut Nasihat Mahathir?

Read Time:1 Minute, 58 Second

Apa Nasib Proton Kalau Masih Ikut Nasihat Mahathir?

Apa Nasib Proton Kalau Masih Ikut Nasihat Mahathir?

Masih ingat lagi pada tahun 2017, ketika tersebar berita sebahagian saham kepada Geely Auto, Dr Mahathir adalah individu yang paling lantang membantah.

Dr Mahathir tuduh DS Najib mahu membalas dendam dengan menjual pegangan saham kepada Geely.

Dendam apa, tak tahu pula kita.

Malah, Dr Mahathir tuduh DS Najib gagal pertahan maruah negara.

Cuba kita ambil seketika dan bayangkan, apakah nasib yang akan menimpa Proton hari ini, sekiranya DS Najib tunduk kepada tekanan Dr Mahathir?

Dari tahun 1984 hingga 2017, kerajaan terpaksa menyuntik dana sebanyak RM15.3 bilion untuk selamatkan Proton.

Untuk tahun 2016 sahaja, kerajaan terpaksa suntik dana RM1.25 bilion untuk Proton bayar hutang kepada vendor.

Maksudnya, dari 1984 sehingga 2016, Proton bukan beroperasi di atas keuntungan syarikat tetapi di atas suntikan dana dari kerajaan.

Namun selepas menjalankan usahasama dengan Geely, Proton bangkit dan mulai 2019, kerajaan tidak lagi perlu menyuntik dana kepada Proton.

Dasar Dr Mahathir Boleh Membuatkan Proton Gulung Tikar

Cuba kita fikirkan, sejak Dr Mahathir ambil alih semula pemerintahan negara pada tahun 2018, negara terpaksa meminjam hingga beratus bilion.

Kemudian pada penghujung 2019, negara dilanda wabak Covid-19, dan Mahiaddin mengurung rakyat selama hampir 2 tahun.

Ekonomi negara lumpuh sehingga sekarang di bawah regim Ismail Sabri.

Penghujung 2021, buat pertama kalinya, negara gagal membayar balik sukuk yang dikeluarkan.

Apakah dalam keadaan begini kerajaan akan mampu menyuntik dana berbilion ringgit kepada Proton sekiranya tiada kerjasama dengan Geely?

Apa akan jadi kepada nasib beribu-ribu pekerja Proton?

Apa akan jadi kepada beratus-ratus syarikat vendor tempatan Proton?

Beribu-ribu pekerja Proton pasti akan diberhentikan manakala beratus-ratus syarikat vendor Proton pasti akan gulung tikar.

Nasib baik ketika itu negara mempunyai DS Najib yang mempunyai pandangan jauh.

Dan keputusan DS Najib mengenepikan tekanan Dr Mahathir telah menyelamatkan nasib beribu-ribu pekerja Proton dan beratus-ratus syarikat vendor.

Namun, harga yang terpaksa beliau bayar untuk menyelamatkan nasib pekerja Proton dan syarikat vendor adalah terlalu mahal.

Tidak perlu Edisi Siasat mengulas mengenainya kerana dunia pun sudah mengetahuinya.

 

Apa Nasib Proton Kalau Masih Ikut Nasihat Mahathir?

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman

Share

Leave a Reply