141 mangsa banjir di 4 PPS di Pahang - EDISI SIASAT

141 mangsa banjir di 4 PPS di Pahang

Read Time:1 Minute, 22 Second

141 mangsa banjir di 4 PPS di Pahang

141 mangsa banjir di 4 PPS di Pahang

KUANTAN: Seramai 141 mangsa banjir daripada 34 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin dan Maran.

Daripada jumlah itu, 66 orang di Pekan, diikuti Rompin (40 orang) dan Maran pula seramai 35 orang.

Bagaimanapun, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 292 mangsa banjir daripada 85 keluarga di lapan PPS, semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Masing-masing, satu sungai di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub yang mencatatkan bacaan 133.80 meter (m), berbanding paras amaran 133.33 m.

Selain itu, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong yang merekodkan bacaan 51.97 m berbanding 51.86 m, manakala Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, pula merekodkan bacaan 19.76 m berbanding 19 m.

141 mangsa banjir di 4 PPS di Pahang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Share

Leave a Reply