Warga emas meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung - EDISI SIASAT

Warga emas meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung

Read Time:1 Minute, 42 Second
Warga emas meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca

Warga emas meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung

Kuala Kangsar: Warga emas meninggal dunia di dalam kereta yang diparkir di hadapan deretan kedai di pusat bandar di sini, semalam, dipercayai akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa dikenali sebagai Herizan Yaacob, 72, berasal dari Taman Jerlun, di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba.

Katanya, dalam kejadian 7.24 malam itu, mangsa pada mulanya meletakkan kenderaan di hadapan deretan kedai di Jalan Kangsar dengan enjin Proton Saga dipandunya dimatikan selain kereta dalam keadaan berkunci.

Beliau berkata, dua saksi iaitu pekerja sebuah kedai alat telekomunikasi kemudiannya melihat mangsa dalam keadaan tercungap-cungap seperti mengalami sesak nafas selain menyapu dadanya berulang kali di dalam kereta.

“Dua saksi berkenaan kemudian segera menghubungi ambulans serta polis. Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan fizikal selain barang berharga berupa wang tunai dan telefon bimbit masih berada pada mangsa.

“Semakan dengan waris mendapati mangsa sememangnya menghidap sakit jantung dan bergantung kepada pengambilan ubat secara harian sejak dua tahun lalu namun dalam tempoh beberapa minggu ini mangsa terputus bekalan ubat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jenazah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menjalani bedah siasat.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini.

Warga emas meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply