Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak - EDISI SIASAT

Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak

Read Time:1 Minute, 23 Second
Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak
Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di Kunak, Sabah. – Foto tular

Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak

KUNAK: Satu klip video kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki dikesan tular di media sosial hari ini.

Rakaman video 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain.

Selain mencederakan mangsa, tindakan ganas mereka juga seolah-olah tidak menghormati atau menghiraukan laungan azan yang berkumandang ketika itu.

Malah perbuatan tanpa belas kasihan itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja terbabit.

Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak
Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di Kunak, Sabah. – Foto tular

Difahamkan, kejadian pada awal Disember tahun lalu di kawasan Tamu Minggu berhampiran sebuah sekolah agama, di sini, sebelum ditularkan sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

 

Share

Leave a Reply