Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar - EDISI SIASAT

Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

Read Time:1 Minute, 34 Second

Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

Apa sudah jadi dengan sistem pentadbiran negara kita.

Kelihatan seperti segala-galanya sudah berada dalam keadaan carca marba.

5 Januari lepas, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Abu Zahar, membuat kenyataan LPPR berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan Azam Baki.

Namun kenyataan itu disanggah oleh kesemua ahli LPPR yang lain.

Semua ahli LPPR itu ialah Ismail Omar, Azman Ujang, Akhbar Satar, Hamzah Kassim, David Chua Kok Tee dan Mohammad Agus Yusoff.

Menurut mereka sebelum sidang pada 5 Jan itu, ahli lembaga ada mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar.

Mereka mencadangkan ianya dirujuk sama ada kepada satu Jawatankuasa Bebas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tentang rasuah atau panel Jawatankuasa Aduan SPRM.

Bagaimanapun, ianya tidak dibangkitkan Abu Zahar dalam sidang media yang beliau lakukan.

“LPPR tidak mempunyai kuasa penyiasatan memandangkan ia ditubuhkan sebagai lembaga penasihat”.

“Kami perlu memberikan penjelasan ini bagi menjaga integriti lembaga dan institusi,” tegas mereka.

Persoalannya, apa sudah berlaku ke atas integriti dan kredibiliti pihak berkuasa di Malaysia?

Rakyat benar-benar berada dalam keadaan keliru, kepada siapa atau agensi mana yang masih boleh diletakkan kepercayaan.

PDRM dengan kisah Jho Lo yang masih menjadi misteri.

Jabatan Peguam Negara dan sistem kehakiman dengan kisah pendakwaan dan pengguguran kes yang masih menjadi misteri.

SPRM dengan riwayat Azam Baki dan kehilangan wang yang menjadi barang kes.

SPR dengan hikayat yang penuh keraguan di PRN Melaka DUN Sg Udang.

Badan eksekutif masih kekal dengan misteri penipuan dan menjual nama institusi YDP Agong di Dewan Rakyat.

Jabatan Imigresen dengan certot 17 jemaah umrah.

Siapakah yang bertanggungjawab merosakkan hampir keseluruhan sistem pentadbiran negara?

Sesungguhnya rakyat dan negara Malaysia kini diselubungi misteri…🥶🥶🥶

 

Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman

Share

Leave a Reply