Rodriguez pernah tinggal bekas stor sebelum dipikat Ronaldo - EDISI SIASAT

Rodriguez pernah tinggal bekas stor sebelum dipikat Ronaldo

Read Time:1 Minute, 31 Second
Rodriguez pernah tinggal bekas stor sebelum dipikat Ronaldo
Georgina Rodriguez (kanan) dan pasangannya, Cristiano Ronaldo. – Foto ihsan Harper’s Bazaar Arabia.

Rodriguez pernah tinggal bekas stor sebelum dipikat Ronaldo

LONDON: Georgina Rodriguez membuat pendedahan dalam siri dokumentari Netflix, dia pernah tinggal dalam bilik yang diubah daripada stor dengan kadar sewa sebanyak £250 (RM1,429.85) sebelum ‘hidupnya berubah’ selepas berjumpa Cristiano Ronaldo.

Model berusia 27 tahun berasal dari Argentina itu mengakui dia tidak mampu membayar alat pemanas atau penghawa dingin di bilik sewanya yang menyebabkan dia kesejukan ketika musim sejuk dan panas membahang ketika musim panas.

Georgina yang berhijrah ke ibu kota Sepanyol sendirian pada penghujung usia remajanya dari bandar dekat Pyrenees, Jaca dan bekerja sebagai pembantu kedai, memberitahu peminatnya mengenai gaya hidup mewahnya.

Katanya: “Ketika saya tiba di Madrid, ia menyedihkan.

“Saya mencari banyak flat murah, sekitar £250 sebulan dan akhirnya menetap di rumah yang diubah daripada bilik penyimpanan barang. Ia sangat sejuk ketika musim sejuk dan sangat panas ketika musim panas.

“Hidup saya berubah pada hari saya bertemu Cristiano Ronaldo.”

Georgina mula berjanji temu dengan pemain bola sepak Manchester United itu ketika bekerja dengan bayaran £10 (RM57) sejam di butik Gucci dekat Madrid.

– AGENSI

Rodriguez pernah tinggal bekas stor sebelum dipikat Ronaldo


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply