Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri - EDISI SIASAT

Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri

Read Time:2 Minute, 51 Second

Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri

Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri

Satu realiti yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun ialah sejak Barisan Nasional tumbang, negara kita tidak lagi menjadi pilihan utama pelabur asing.

Lebih membimbangkan, bukan sahaja tidak lagi menjadi pilihan mereka, malah yang berada dalam negara juga melarikan diri.

Apakah faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Bukankah Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ke 7 dikatakan sangat bijak menangani ekonomi negara?

Apa kurangnya Mahiaddin Md Yasin?

Pada pandangan Perdana Menteri sekarang, Ismail Sabri, Mahiaddin seorang yang bijak untuk pulihkan ekonomi negara.

Kalau tidak, masakan Ismail Sabri lantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara!!!

Kalau dikatakan faktor parti UMNO adalah tarikan kepada pelabur asing supaya kembali melabur, bukankah Ismail Sabri dari UMNO?

Tetapi mengapa semakin hari, semakin parah ekonomi kita.

Mengapa semakin hari semakin ramai pelabur asing melabur, tapi sayangnya di negara jiran, bukannya di negara kita?

Jawapan yang jujur ialah kerana disamping tiada kestabilan politik di dalam negara, Malaysia juga dipimpin oleh individu yang cetek pengetahuan dalam ekonomi.

Dr Mahathir Tidaklah Bijak Sangat Tetapi Pernah Di Dokong Kumpulan Yang Bijak

Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri

Waktu menjadi Perdana Menteri ke 4 selama 22 tahun, Dr Mahathir disokong oleh kerajaan yang kukuh.

Beliau juga dikelilingi oleh kabinet yang boleh bekerja dan bukannya lantikan kabinet yang sarat dengan pelbagai syarat.

Maksudnya, Dr Mahathir bukanlah bijak sangat tetapi didokong oleh kumpulan yang bijak.

Hujahnya, apabila menjadi Perdana Menteri ke 7, beliau gagal, segagal-gagalnya.

Kejayaan beliau hanyalah mencipta alasan demi alasan.

Mahiaddin dan Ismail Sabri?

Malas hendak komen.

Siapa yang menjadi pilihan pelabur asing untuk kembali melabur?

Sama ada kita setuju atau tidak, pelabur mahukan DS Najib kembali menerajui negara.

Edisi Siasat merapu?

Tanya diri kita, mengapa WCEF menjemput DS Najib untuk menyampaikan ucaptama dalam forum tersebut.

Malah dijemput sebagai tetamu khas dalam dialog bersama deligasi WCEF?

Kenapa?

Kerana beliau tahu bagaimana untuk menarik minat pelabur, apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan pelabur dan apa yang perlu disediakan untuk mereka.

Untuk Bangunkan Negara, Kita Perlukan Pemimpin Yang Bijak Dengan Mandat Yang Besar

Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri

Namun, DS Najib masih tetap memerlukan mandat yang besar untuk tubuhkan kerajaan yang kukuh.

Cuba kita fikirkan, mengapa Vietnam yang mengamalkan sistem pemerintahan komunis mampu untuk menarik minat pelabur?

Mengapa Indonesia yang dahulunya kurang kemudahan infrastruktur berbanding Malaysia berjaya menarik minat pelabur?

Kerana kestabilan politik negara mereka.

Kestabilan politik menjamin dasar kerajaan yang tidak berubah-ubah dalam jangka waktu singkat.

Cuba tanya diri kita, sekiranya kita adalah seorang pelabur, apakah kita mahu melaburkan duit kita dalam negara yang mempunyai 3 kerajaan dalam masa 3 tahun?

Sekiranya rakyat mahu keluar dari sistem pentadbiran yang carca marba sekarang, Barisan Nasional mesti diberikan semula mandat yang besar.

Rakyat sudah memberikan mandat kepada Pakatan Harapan tetapi mereka gagal.

Ahli Parlimen sudah memberikan mandat kepada Perikatan Nasional juga terbukti gagal.

Sekali lagi Ahli Parlimen berikan mandat kepada Ismail Sabri, tidak gagal tetapi sampai sekarang belum berjaya…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Negara bukan sahaja memerlukan parti pemerintah yang mempunyai mandat yang besar tetapi juga pemimpin yang bijak seperti DS Najib.

Mandat yang besar tanpa pemimpin yang bijak ibarat sebuah kepala keretapi yang usang yang cuba membawa keretapi HSR.

Pemimpin yang bijak tanpa mandat yang besar pula ibarat sistem canggih HSR tetapi mengawal pergerakan gerabak keretapi zaman purba!!!

 

 

Pelabur Masih Mahukan Najib Sebagai Perdana Menteri

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman

Share

Leave a Reply