Nasihin tagih pengalaman pemain senior aksi Piala Asia - EDISI SIASAT

Nasihin tagih pengalaman pemain senior aksi Piala Asia

Read Time:2 Minute, 10 Second
Nasihin tagih pengalaman pemain senior aksi Piala Asia
Ketua jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim (kiri) mengendalikan sesi latihan Skuad Hoki Projek Khas Wanita di Bukit Jalil, semalam. – Foto ihsan Facebook Malaysia Hockey Confederation.

Nasihin tagih pengalaman pemain senior aksi Piala Asia

KUALA LUMPUR: Khidmat pemain senior dalam Skuad Hoki Projek Khas Wanita yang pernah beraksi di kejohanan besar ditagih bagi membimbing pemain muda pada kempen Piala Asia 2022 di Muscat, Oman bermula 21 hingga 28 Januari ini.

Ketua jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata ini berikutan tempoh latihan yang singkat bagi menentukan barisan skuad Malaysian Tigress ke Muscat menyebabkan pemain tidak cukup pendedahan.

“Persiapan singkat, tidak boleh buat apa-apa sebab terkesan kepada semua badan bukan sukan sahaja. Kita ada 11 sesi hoki sebelum bertolak ke Oman.

“Pemain senior sangat diperlukan dalam Piala Asia ini tetapi kelebihannya sudah tentu pemain muda bawah 20 tahun.

“Ia merupakan campuran pemain berpengalaman dan tidak berpengalaman,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan skuad itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, semalam.

Nasihin yang juga bekas penjaga gol kebangsaan optimis 20 pemain terbaik akan mengisi slot kejohanan itu kerana pasukannya kini bebas daripada sebarang kecederaan.

Difahamkan, senarai penuh akan diumum dua hari sebelum pasukan itu berlepas ke Oman pada 16 Januari bagi memastikan latihan teknikal dapat dikuasai oleh semua pemain.

Beliau berkata pertembungan dengan India, Jepun dan Singapura tidak akan dipandang remeh kerana sudah semestinya mereka menghantar pasukan yang terbaik manakala Korea Selatan dan China perlu turut diberi perhatian.

Pengurus pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani pula berkata Piala Asia adalah kejohanan terbaik dalam menentukan tahap kemampuan pemain muda untuk dinilai oleh barisan kejurulatihan.

“Banyak benda kena perbaiki, jangan selesa, kena terus bekerja keras, selalu berkomunikasi dengan jurulatih dan pemain senior untuk belajar benda baharu,” katanya.

Pencapaian terbaik skuad negara ialah meraih pingat gangsa ketika edisi sulung pada 1985 di Seoul, Korea Selatan manakala pada edisi 2017 di Kakamigahara, Jepun, Malaysian Tigress menamatkan saingan di tempat kelima.

– BERNAMA

Nasihin tagih pengalaman pemain senior aksi Piala Asia


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply