Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara - EDISI SIASAT

Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

Read Time:1 Minute, 23 Second

Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

“Mamak, kasi saya teh tarik satu”.

“Siap”.

“Mamak mari sekejap, tadi saya minta teh tarik, apa pasal hantar teh ais”.

“Itu macamkah tuan, banyak sori, sekejap saya kasi tukar”.

Pernah alami peristiwa di atas?

Lain yang diminta, lain yang sampai.

Mungkin ramai yang pernah alaminya, sebab itu perkara biasa di peringkat kedai mamak.

Yang luarbiasanya apabila Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengakui adanya kekhilapan dalam sistem yang menguruskan perjalanan keluar di pintu masuk negara.

Isu 17 jemaah umrah yang lepas ke luar negara tanpa mendapat vaksin menggemparkan rakyat Malaysia.

Ini pintu keluar negara dan bukannya pintu keluar kedai mamak!!!

Ini melibatkan pemeriksaan dan dokumentasi perjalanan ke luar negara, bukannya isu terlupa ‘check out’ di MySejahtera.

Menteri KDN, Hamzah Zainuddin berkata, kesalahan tidak harus diletakkan kepada Jabatan Imigresen kerana setiap yang hadir ke sempadan negara sudah membawa ‘boarding pass’ (pas pelepasan).

Hamzah menambah, sekiranya individu sudah memiliki pas tersebut, ia bermakna mereka boleh melepasi pemeriksaan pihak berkuasa.

Edisi Siasat akui bila sudah ada ‘boarding pass’, mereka boleh melepasi pemeriksaan pihak berkuasa.

Tetapi, apakah pemeriksaan dokumen dan status di MySejahtera tidak dibuat sebelum dikeluarkan ‘boarding pass’?

Kes ini berlaku bukan pada hari pertama pintu keluar masuk negara dibuka semula, selepas ditutup kerana Covid-19.

Apa sudah jadi dengan sistem kawalan keluar masuk negara?

Apakah taraf kawalan pintu keluar masuk negara setaraf dengan kedai mamak!!!

 

Menteri KDN Akui Ada Kekhilafan Di Pintu Keluar Negara

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman 

Share

Leave a Reply