Mayat bayi dekat Flat Danau Kota - EDISI SIASAT

Mayat bayi dekat Flat Danau Kota

Read Time:1 Minute, 22 Second
Mayat bayi dekat Flat Danau Kota
Mayat bayi perempuan ditemui orang awam di kawasan rumput dan beralaskan papan kayu berhampiran Blok A Flat Danau Kota, Setapak, hari ini. – Foto polis

Mayat bayi dekat Flat Danau Kota

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan ditemui orang awam di kawasan rumput dan beralaskan papan kayu berhampiran Blok A Flat Danau Kota, Jalan 3/23D Danau Kota, Setapak, hari ini.

Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur menerima maklumat penemuan mayat bayi berusia sehari pada jam 8.21 pagi, sebelum sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata mayat itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat dengan sulit.

“Orang ramai ada maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat bayi dekat Flat Danau Kota


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply