MAN MOHON MAAF DENGAN MAEL XPDC - EDISI SIASAT

MAN MOHON MAAF DENGAN MAEL XPDC

Read Time:1 Minute, 41 Second

MAN MOHON MAAF DENGAN MAEL XPDC

MAN MOHON MAAF DENGAN MAEL XPDC – AMBIL VIDEO RUMAH TANPA KEBENARAN 

“Saya, Man Max ingin memohon maaf kepada sahabat saya iaitu Mael XPDC dan keluarganya atas salah faham yang berlaku sewaktu saya membuat kandungan YouTube berkaitan terjahan di rumahnya. Tindakan saya memuat naik video ke saluran YouTube saya membuatkannya marah kepada saya. Saya tiada niat untuk mengaibkannya.

“Niat saya hanyalah untuk menunaikan permintaan peminat yang mahukan perkembangan Mael di saluran YouTube saya. Saya tak mahu lagi kisah ini berpanjangan kerana saya dan Mael adalah sahabat,” jelas bekas pemain dram kumpulan May, Man memohon maaf kepada penyanyi Mael XPDC menerusi laman Facebook, selepas dia didakwa mengambil video rumah Mael di Muar, Johor untuk ‘content’ (kandungan) saluran YouTube tanpa kebenarannya, baru-baru ini.

Man yang kini anggota kumpulan Max berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan Mael dengan memuat naik video berkenaan di YouTube. Menurut Man, dia juga membuat kandungan itu untuk memenuhi permintaan peminat Mael dan pengikut saluran YouTubenya. Man berkata, dia juga bersedia untuk bertemu dengan Mael untuk memohon maaf jika penyanyi itu memberi ruang kepadanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Man mendakwa dia mendapat persetujuan Mael untuk merakamkan video di rumah Mael. Namun, apabila tiba di situ, Man mendakwa Mael seperti cuba melarikan diri mengikut pintu belakang sejurus selepas melihat dia tiba di kawasan rumahnya.

Mael ketika dihubungi pula mendakwa dia tidak pernah menyatakan persetujuan membenarkan Man mengambil video berkenaan untuk kandungan YouTube.

MAN MOHON MAAF DENGAN MAEL XPDC


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply