Luluh hati ibu lihat jasad anak, menantu rentung - EDISI SIASAT

Luluh hati ibu lihat jasad anak, menantu rentung

Read Time:2 Minute, 14 Second
Luluh hati ibu lihat jasad anak, menantu rentung
Keadaan rumah sewa mangsa yang musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama, di sini, tengah malam tadi. – Foto Nstp/Abdul Rahemang Taiming

Luluh hati ibu lihat jasad anak, menantu rentung

TAWAU : Luluh hati seorang ibu apabila melihat anggota bomba mengutip satu persatu tulang dan rangka badan anak lelaki serta menantunya yang rentung dalam kebakaran di Kampung Buaya, Jalan Tawau Lama, di sini, tengah malam tadi.

Ibu mangsa, Sunarti Kuneng, 54, (tudung biru) tidak dapat menahah kesedihan sebaik mengetahui anak lelaki serta menantunya rentung dalam kebakaran di Kampung Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama, di sini, tengah malam tadi. – Foto Nstp/Abdul Rahemang Taiming

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mayat mangsa Saiful Rosli, 32, ditemui berdekatan dengan pintu hadapan manakala isterinya, Jumaidah M Jida, 36, ditemui di ruang dapur di rumah sewa mereka oleh pasukan bomba antara jam 4.45 hingga 5.50 pagi.

Ibu mangsa, Sunarti Kuneng, 54, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya yang terletak di kampung bersebelahan sebelum dimaklukan jiran.

“Melihat keadaan api yang sudah besar ketika itu, saya hanya terfikir keselamatan anak serta menantu sebelum bertindak mencari mereka sekitar tempat kejadian.

“Selesai menunaikan solat subuh, saya masih berusaha mencari mereka namun gagal.

“Bagaimanapun, sebaik melihat motosikal anak yang turut hangus menguatkan lagi naluri hati yang mengatakan anak saya kemungkinan terperangkap di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Beliau berkata, tiada yang lebih menyedihkan apabila melihat anggota bomba menemukan jasad anak serta menantunya rentung sebaik operasi memadam kebakaran selesai.

“Saya kehilangan anak lelaki yang saya sifatkan sebagai amat bertanggungjawab kerana selama ini dia tempat saya bergantung selepas kematian ayahnya,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa, Rafida M Jida, 38, berkata pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 serta belum mempunyai anak dan tinggal menyewa di situ.

“Saya dapat tahu kejadian ini malam tadi sebelum datang ke sini pagi ini. Kami masih terkejut dan tidak menyangka ditimpa ujian berat ini,” katanya.

Luluh hati ibu lihat jasad anak, menantu rentung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

Share

Leave a Reply