Kereta api tak berhenti, pelajar tidak pergi sekolah - EDISI SIASAT

Kereta api tak berhenti, pelajar tidak pergi sekolah

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kereta api tak berhenti, pelajar tidak pergi sekolah

Kereta api tak berhenti, pelajar tidak pergi sekolah

KUALA KRAI: Keterujaan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong untuk ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 bertukar sebaliknya apabila

kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, pagi tadi.

Situasi itu menyebabkan semua pelajar terbabit tidak dapat ke sekolah dan pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di hentian Kuala Gris jam 6.59 pagi untuk mengambil pelajar berkenaan dan tempoh perjalanan mengambil masa 20 minit untuk tiba di Dabong.

Pada awalnya, semua pelajar tetap menunggu sehingga pukul 7.30 pagi, namun kemudiannya pulang ke rumah berikutan tiada lagi kereta api selepas itu.

Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas kakitangannya susulan kejadian itu.

KTMB menerusi kenyataan media berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil jika berlaku kecuaian.

“Siasatan sudah dijalankan, KTMB mengesahkan kereta api Shuttle Timuran

nombor 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat jam 4.05 pagi tidak berhenti di

Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

“KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian itu. Lebih kesal ia membabitkan 100 pelajar SMK Dabong yang memulakan sesi persekolahan hari ini.

“KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa serta pihak sekolah yang terbabit

dan kesal atas kejadian yang berlaku,” katanya.

Kereta api tak berhenti, pelajar tidak pergi sekolah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

 

Share

Leave a Reply