Kaki hampir putus ditetak lelaki bertopeng - EDISI SIASAT

Kaki hampir putus ditetak lelaki bertopeng

Read Time:2 Minute, 9 Second
Kaki hampir putus ditetak lelaki bertopeng
Seorang lelaki disamun dan ditetak dengan sebilah parang oleh lelaki bertopeng di sebuah rumah di Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh semalam. – Foto polis

Kaki hampir putus ditetak lelaki bertopengPASIR PUTEH: Seorang lelaki bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut ditetak dengan sebilah parang oleh lelaki bertopeng di sebuah rumah di Kampung Bunut Rendang, semalam.

Kejadian jam 2.20 petang menyebabkan mangsa yang berusia 27 tahun cedera parah hampir putus pergelangan kaki kiri, luka di lengan kiri, di bahagian belakang badan dan bahu kiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya tidur dalam bilik dan didatangi seorang lelaki bertopeng yang memakai sarung tangan hitam sambil memegang sebilah parang di tangan kanan.

“Lelaki itu terus menetak mangsa dan suspek kemudian mengambil telefon bimbit serta barang milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Alza berwarna putih dan bercermin gelap.

“Hasil temubual dengan jiran mangsa, mereka memaklumkan ada melihat kereta Perodua Alza berwarna putih yang berada di hadapan rumah mangsa.

“Jiran mangsa melihat seorang lelaki bertopeng, berpakaian hitam dan memakai sarung tangan hitam keluar dari rumah mangsa. Suspek memberi amaran kepada jiran mangsa dengan menunjukkan sepucuk pistol dan mengarahkannya supaya masuk ke dalam rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, suspek masuk di bahagian penumpang hadapan kenderaan dan kereta itu terus memecut keluar dari tempat kejadian.

Mangsa kini dalam keadaan stabil dan siasatan terhadap kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

“Punca kejadian masih belum dapat dipastikan lagi, namun modus operandi adalah samun dan mendatangkan kecederaan parah. Polis kini giat mengesan suspek,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati mangsa mempunyai 12 rekod jenayah lampau masing-masing enam berkaitan kesalahan narkotik dan enam kesalahan jenayah harta benda.

Kaki hampir putus ditetak lelaki bertopeng


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply