Isu niaga punca remaja gaduh, 7 ditahan - Polis - EDISI SIASAT

Isu niaga punca remaja gaduh, 7 ditahan – Polis

Read Time:1 Minute, 51 Second
Tular pergaduhan 6 remaja di Kunak
Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di Kunak, Sabah. – Foto tular

Isu niaga punca remaja gaduh, 7 ditahan – Polis

KUNAK: Polis menahan tujuh remaja berusia 14 hingga 17 tahun, di sini, semalam, bagi membantu siasatan insiden pergaduhan yang tular dalam media sosial.

Kumpulan remaja berkenaan, termasuk seorang dipercayai mangsa pukul dalam kejadian itu, ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat, berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Tapak Tamu Pekan Kunak, kira-kira jam 12.30 tengah hari 28 Disember lalu.

Beliau berkata, remaja terbabit meliputi mangsa adalah kumpulan rakan yang membesar bersama di kampung mereka.

“Insiden berlaku apabila mangsa didakwa menjual barangan dibeli secara kongsi sama, seperti barangan ‘bundle’, tanpa pengetahuan rakan lain, manakala hasil jualan pula dikatakan tidak dibahagi sama rata.

“Apabila rakan mengetahui perbuatannya itu, mangsa dikatakan sendiri yang meminta ‘dihukum’ dengan cara dipukul oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sabarudin berkata, mangsa dan kumpulan rakannya itu bagaimanapun dikatakan sudah berbaik semula seperti sediakala selepas kejadian terbabit.

Beliau berkata, mangsa juga dikatakan tiada mengalami kecederaan parah, selain tidak mengetahui bagaimana rakaman video insiden itu boleh tular.

Katanya, kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan seorang remaja dipegang dari arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh beberapa remaja lain.

Isu niaga punca remaja gaduh, 7 ditahan – Polis


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply