HIJRAHKAN LAGUKU - SHAHIR MUNCUL JUARA - EDISI SIASAT

HIJRAHKAN LAGUKU – SHAHIR MUNCUL JUARA

Read Time:1 Minute, 59 Second

HIJRAHKAN LAGUKU - SHAHIR MUNCUL JUARA

HIJRAHKAN LAGUKU – SHAHIR MUNCUL JUARA

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada TV Alhijrah yang membuka peluang kepada saya untuk menyertai program ini,” demikianlah kata penyanyi Shahir Zawawi apabila muncul sebagai juara program realiti Hijrahkan Laguku musim pertama yang berlangsung malam tadi.

Atas kemenangan itu, Shahir berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, plak Hijrahkan Laguku dan Hijrah Prihatin ke Langkawi. Shahir, 34, memperoleh markah keseluruhan 72 peratus dan menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%).

Di pentas akhir program Hijrahkan Laguku yang ditayangkan secara langsung di TV Alhijrah itu, Shahir menyampaikan lagu solo, ‘Madahku’ yang diambil dari lagu asal ‘Madah Berhelah’ nyanyian Ziana Zain.

Dia kemudiannya tampil mempersembahkan lagu ‘Perjalanan Jiwa’ secara duet bersama Datuk Nash. ‘Perjalanan Jiwa’ diambil daripada lagu asal, ‘Kamelia’ yang dipopularkan Sweet Charity.

HIJRAHKAN LAGUKU - SHAHIR MUNCUL JUARA

HIJRAHKAN LAGUKU - SHAHIR MUNCUL JUARA

Tiga peserta akhir lain iaitu Nash, Iwan Syahman dan Mark Adam masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Selain itu, turut diumumkan pemenang Anugerah Sawa’ Assabil iaitu Iwan dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 yang diwakafkan serta Hijrah Prihatin ke Langkawi.

Selain persembahan peserta, penonton turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Zamani, Mawi dan Cat Farish menerusi lagu ‘Tak Mungkin Berpaling’.

Semua peserta turut mempersembahkan lagu bonus sebagai persembahan selingan berjudul ‘Malam’ yang diambil daripada lagu asal, ‘My All’ nyanyian Mariah Carey.

Markah peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri profesional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Manakala 20 markah daripada undian penonton.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris.

Program Hijrahkan Laguku diacarakan Faizal Ismail dan Bell Ngasri. Juri tetap pula terdiri daripada Fauzi Marzuki dan Hazamin Inteam serta juri jemputan, Ustaz Don Daniyal.

HIJRAHKAN LAGUKU – SHAHIR MUNCUL JUARA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply