Dua sungai di Johor melebihi paras bahaya - EDISI SIASAT

Dua sungai di Johor melebihi paras bahaya

Read Time:2 Minute, 45 Second
Dua sungai di Johor melebihi paras bahaya
Galeri Darurat Bukit Kepong dinaiki air beberapa hari lalu berikutan limpahan Sungai Muar. – Foto fail BERNAMA

Dua sungai di Johor melebihi paras bahaya

KUALA LUMPUR: Paras air dua sungai di Johor iaitu Sungai Muar dan Sungai Pagoh melebihi paras bahaya membabitkan empat kawasan, masing-masing tiga di Muar dan satu di Segamat, pagi ini.

Portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pagi ini menunjukkan paras air Sungai Muar di Liang Batu, berada pada paras 2.63 meter (m), iaitu melebihi paras bahaya 2.13 m yang ditetapkan.

Paras air Sungai Muar di Panchor, Muar pula mencatatkan bacaan 2.38 m, melebihi paras bahaya 2.13 m, manakala paras air sungai itu di kawasan Buloh Kasap, Segamat mencatatkan bacaan 9.49 m iaitu melebihi paras bahaya 9.14 m.

Bacaan paras air di Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar turut melebihi paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 3.31 m, iaitu melebihi paras bahaya 2.35 m yang ditetapkan.


Disyorkan Untuk Anda :


Menurut portal berkenaan, beberapa sungai di Johor turut dilihat sudah melebihi paras waspada dan paras amaran. Ini termasuk paras air di Empangan Bekok, Batu Pahat yang didapati sudah melebihi 0.9 m daripada paras amaran iaitu 16.5 m kepada 16.59 m.

Dalam pada itu, paras air Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Segamat dilihat melebihi paras waspada dengan paras air 17.55 m, manakala Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak berada pada bacaan 2.95 m iaitu melebihi paras waspada ditetapkan iaitu 9.14 m.

Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak pula kini berada di paras 3.29 m iaitu melebihi paras waspada 3 m daripada paras ditetapkan iaitu 0.29 m.

Sementara itu, di Pahang, Sabah, Sarawak dan Melaka, beberapa sungai utama di negeri terbabit turut dilaporkan sudah melebihi paras amaran dan waspada.

Di Pahang, paras air Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Marang kini berada di paras 20.23 meter, Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub (133.8 m) dan Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong (52.07 m), semuanya melebihi paras waspada.

Sabah pula, satu sungai didapati melebihi paras amaran iaitu Sungai Padas di Beaufort JPS, Beaufort dengan bacaan paras air 8.41 m, manakala bacaan Sungai Padas di Tenom melebihi paras waspada dengan paras air 175.61 m.

Di Sarawak, Sungai Long Teru di Miri juga melebihi paras waspada dengan bacaan paras air 6.66 m, manakala di Melaka, bacaan paras air Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin, di paras 3.21 m, juga melepasi paras waspada.

Dua sungai di Johor melebihi paras bahaya


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply