Djokovic tidak pakai pelitup muka walaupun positif - EDISI SIASAT

Djokovic tidak pakai pelitup muka walaupun positif

Read Time:1 Minute, 46 Second
Djokovic tidak pakai pelitup muka walaupun positif
DJOKOVIC ditahan selama lapan jam di lapangan terbang Melbourne sebelum dihantar ke pusat tahanan. FOTO Agensi

Djokovic tidak pakai pelitup muka walaupun positif

Belgrade: Novak Djokovic yang dikatakan mendapat pengecualian vaksin Covid-19 di Terbuka Australia kerana positif pada 16 Disember didapati menghadiri majlis pemain remaja di Belgrade tanpa memakai pelitup muka sehari selepas melakukan ujian.

Dalam pemfailan kepada mahkamah persekutuan yang ingin membatalkan pembatalan visa kemasukannya, peguamnya berkata bahawa ‘tarikh ujian PCR Covid-19 positif pertama direkodkan pada 16 Disember 2021.

Persekutuan Tenis Belgrade, dalam hantaran Facebook pada 17 Disember melaporkan Djokovic menyerahkan trofi dan anugerah kepada pemain muda terbaik 2021.

Upacara berkenaan yang diadakan di Pusat Tenis Novak di ibu negara Serbia, hanya dihadiri oleh pemenang anugerah berikutan peraturan yang ditetapkan akibat pandemik berkenaan.

Ia turut disertakan dengan beberapa keping gambar Djokovic, bergambar bersama pegawai persekutuan dan kira-kira 20 pemain remaja memegang trofi dan anugerah masing-masing.

Tidak ada seorang pun yang memakai pelitup muka ketika itu.

Visa pemain nombor satu dunia itu dibatalkan kerana gagal memenuhi syarat Covid-19 kemasukan ke Australia, perkembangan yang mendapat perhatian seluruh dunia serta mencetuskan kemarahan rakyat Serbia.

Djokovic yang lantang menolak pengambilan vaksin, tiba di Australia minggu ini untuk beraksi di Terbuka Australia dalam usahanya untuk mempertahankan kejuaraan selain memburu gelaran Grand Slam ke-21.

Rayuannya akan didengar di mahkamah pada Isnin ini dan dia juga meminta dipindahkan ke tempat yang mempunyai kemudahan untuk berlatih bagi Terbuka Australia.

Djokovic tidak pakai pelitup muka walaupun positif


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply