Dell Akbar jamin siasatan telus, adil - EDISI SIASAT

Dell Akbar jamin siasatan telus, adil

Read Time:2 Minute, 36 Second
Dell Akbar jamin siasatan telus, adil
Dell Akbar sudah terima surat lantikan daripada FAM.

Dell Akbar jamin siasatan telus, adil

KUALA LUMPUR: Badan siasatan bebas pasukan Harimau Malaya akan melakukan bedah siasat secara adil dan jujur mengenai prestasi skuad kebangsaan sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Datuk Dell Akbar Khan yang dilantik mengetuai badan siasatan itu menjelaskan, pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan laporan yang disediakan pengurusan pasukan kebangsaan dan juga mungkin menerusi temu bual.

Bekas pemain kebangsaan merangkap bekas Setiausaha Agung FAM dari 2000 hingga 2005 itu mengesahkan beliau sudah menerima surat lantikan bagi mengetuai badan siasatan itu daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Itu sudah pasti (buat siasatan dengan adil) kerana kita harus terbuka dalam hal ini, kita kena ‘transparent’.

“Malah, kita juga kena lihat ini sebagai tanggungjawab bersama untuk pastikan bola sepak dalam negara kita lebih maju.

“Cuma setakat ini saya belum dapat tetapkan tarikh untuk bersidang kerana saya belum dapat dokumen yang perlu saya teliti dahulu kerana saya nak sedikit sebanyak laporan-laporan daripada pihak FAM khususnya dari pengurusan pasukan,” katanya kepada BH Sukan.

Semalam, FAM menerusi Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan penubuhan badan siasatan bebas pasukan Harimau Malaya yang dianggotai individu dari luar badan induk itu bagi mengetuai bedah siasat laporan prestasi skuad kebangsaan di Piala AFF 2020.

Tugas utama badan bebas itu adalah untuk melakukan bedah siasat terlebih dahulu terhadap laporan dan analisis lengkap daripada barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura yang sudah siap dan diserahkan kepada Sekretariat FAM, baru-baru ini.

Hasil bedah siasat daripada badan siasatan bebas itu seterusnya akan dibentangkan oleh Dell Akbar bersama langkah-langkah penambahbaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan.

Kegagalan Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 dikritik hebat dengan skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1.

Selain itu, Dell Akbar yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur menjelaskan tiada masalah untuk beliau mengetuai badan bebas itu berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pemain dan Setiausaha Agung FAM.

“Masalah, Insya-Allah tak ada, cuma saya perlukan kerjasama semua pihak kerana saya hanya boleh buat bedah siasat berdasarkan kepada laporan dan juga mungkin melalui temu bual dengan mereka yang mungkin kita rasa dapat membantu.

“Perkara itu sedikit sebanyak boleh membantu jawatankuasa ini untuk membuat rumusan dan juga cadangan,” katanya.

Dell Akbar jamin siasatan telus, adil


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply