Brendan teruja kembali ke padang - EDISI SIASAT

Brendan teruja kembali ke padang

Read Time:1 Minute, 50 Second
Brendan teruja kembali ke padang
Brendan kembali berlatih bersama Selangor FC. – FOTO FB Selangor FC

Brendan teruja kembali ke padang

KUALA LUMPUR: Selepas berehat panjang akibat kanser, Brendan Gan kini kembali menyertai pasukan Selangor bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Jeneral tengah berusia 33 tahun itu disahkan menghidap kanser testis dan menjalani pembedahan pada Jun tahun lalu yang menyaksikan dia terlepas aksi bersama Selangor dan Harimau Malaya.

Justeru, Brendan mengakui sangat teruja untuk kembali menjalani latihan bersama Red Giants sambil mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk pasukan itu musim ini.

“Ia sangat bagus untuk kembali terutama dengan Selangor. Ia akan menjadi musim yang menakjubkan, saya gembira dapat kembali ke padang latihan.

“Perasaan yang hebat dapat kembali ke sini bersama-sama pemain lain dan jurulatih baharu. Tapi mereka tidaklah benar-benar baru kerana mereka sudah berada di sini sebelum ini dan kami sudah mengenali antara satu sama lain.

“Jadi, ia masa yang menarik untuk datang ke padang latihan dan menjadi sebahagian daripada pasukan selain melihat pemain muda dari Selangor 2 yang sentiasa berusaha mendaki ke pasukan senior,” katanya.

Ketiadaan Brendan bukan sahaja dirasai pasukan Selangor, malah ia turut menjejaskan Harimau Malaya yang dilihat kekurangan kekuatan di bahagian tengah.

Selain itu, bekas pemain Kelantan dan Perak itu menganggap kegembiraan dapat kembali ke padang menjadi motivasi utama untuknya mendapatkan semula sentuhan selepas kira-kira enam bulan tidak beraksi.

“Cabaran demi cabaran sudah cukup memberikan motivasi kepada saya. Namun, saya juga akan terus memberikan motivasi kepada pemain lain dan memastikan mereka sentiasa bersedia untuk setiap latihan dan perlawanan,” katanya.

Brendan teruja kembali ke padang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply