Arab Saudi bebaskan puteri, anak perempuan - EDISI SIASAT

Arab Saudi bebaskan puteri, anak perempuan

Read Time:2 Minute, 1 Second
Arab Saudi bebaskan puteri, anak perempuan
Puteri Basmah yang dibebaskan pihak berkuasa Arab Saudi, semalam. FOTO AFP

Arab Saudi bebaskan puteri, anak perempuan

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan seorang puteri dan anak perempuannya yang ditahan selama hampir tiga tahun tanpa pertuduhan di sini, kata kumpulan hak asasi manusia semalam.

Basmah binti Saud, 57, kerabat diraja yang sekian lama dilihat sebagai penyokong hak wanita dan raja berperlembagaan, ditahan sejak Mac 2019 dan pada April 2020 merayu Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman supaya membebaskannya atas alasan kesihatan.

“Puteri dan anak perempuannya Suhoud dibebaskan. Dia dinafikan rawatan perubatan diperlukan dalam keadaan yang berpotensi mengancam nyawa.

“Sepanjang penahanan, tidak ada sebarang pertuduhan dikenakan terhadapnya,” kata ALQST untuk Hak Asasi Manusia menerusi Twitter.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga itu, Puteri Basmah ditahan sejurus sebelum perjalanan ke Switzerland bagi menjalani rawatan perubatan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai penyakitnya tidak pernah didedahkan.

Puteri Basmah ditahan di penjara Al-Ha’ir iaitu lokasi sama ramai tahanan politik ditempatkan.

Putera Mohammed melaksanakan pembaharuan dalam pemerintahan sejak dilantik oleh bapanya, Raja Salman pada Jun 2017 dengan menyingkirkan pewaris takhta yang dilantik sebelum ini, Mohammed bin Nayef.

Pembaharuan itu termasuk menarik balik larangan selama beberapa dekad ke atas wanita untuk memandu dan kelonggaran peraturan ‘penjagaan’ yang memberi lelaki kuasa sepenuhnya ke atas saudara wanita.

Dalam keterangan bertulis kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2020, keluarga puteri terbabit berkata, penahanan beliau kemungkinan besar disebabkan oleh ‘rekodnya yang lantang mengkritik isu penderaan’.

“Dia juga dianggap sekutu Mohammed bin Nayef,” tambah keterangan bertulis itu.

Pada November 2017, kempen anti rasuah yang meluas menyaksikan hotel mewah di Riyadh, Ritz-Carlton dijadikan pusat tahanan de facto selama tiga bulan untuk puluhan putera raja dan pegawai kanan disyaki terbabit dalam rasuah atau tidak setia. – AFP

Arab Saudi bebaskan puteri, anak perempuan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

Share

Leave a Reply