ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK - EDISI SIASAT

ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK

Read Time:1 Minute, 20 Second

ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK

ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK –  SPEKULASI HAMIL ANAK KEDUA 

“Itu soal peribadi saya. Doakan sahaja yang terbaik,” itulah jawapan ringkas pelakon Anzalna Nasir yang lebih selesa kunci mulut selepas sebelum ini pernah memberi bayangan seolah-olah kini hamil anak kedua.

Bagi pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir, 34, itu adalah soal peribadi untuk dikongsi kepada umum. Sementara itu, Anzalna juga berkata, dia mahu memberi tumpuan lebih buat anak lelakinya yang kini berusia dua tahun. Justeru itu, dia memperlahankan kerjaya seni meskipun menerima banyak tawaran berlakon.

“Saya mahu habiskan masa berharga dengan anak. Dia sekarang ini memang rapat dengan saya dan suami. Tawaran berlakon masih banyak datang, namun saya terpaksa tolak dan perlahankan dahulu kerjaya seni. Biarlah anak saya faham kerja ibunya sebagai seorang pelakon. Bila dah bersedia nanti saya akan kembali ke set,” jelasnya.

Untuk makluman, Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki, 34, pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2.

ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK

ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK

ANZALNA MINTA DOA YANG TERBAIK –  SPEKULASI HAMIL ANAK KEDUA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Semua Ahli LPPR Sanggah Kenyataan Abu Zahar

 

 

Share

Leave a Reply