Warga emas lemas jatuh tali air - EDISI SIASAT

Warga emas lemas jatuh tali air

Read Time:1 Minute, 28 Second
Warga emas lemas jatuh tali air
Seorang warga emas lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh di dalam sebuah tali air di Kampung Sarakek, Segamat Johor petang tadi. – Foto Ahmad Ismail

Warga emas lemas jatuh tali air

SEGAMAT: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke kebun di Kampung Sarakek, di sini pada 3 petang semalam, ditemukan lemas petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata mayat Gan Ai Boon, 63, ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian sekitar jam 5.40 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang tadi, sebelum menggerakkan sembilan anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai hilang selepas terjatuh ke dalam tali air. Sehubungan itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) telah melakukan pencarian di permukaan air di lokasi tersebut menggunakan bot penyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat warga emas tersebut kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat. – BERNAMA

Warga emas lemas jatuh tali air


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply