SHUIB AKUI KINI SEDANG KENALI SESEORANG - EDISI SIASAT

SHUIB AKUI KINI SEDANG KENALI SESEORANG

Read Time:1 Minute, 34 Second

SHUIB AKUI KINI SEDANG KENALI SESEORANG – IBU BAGI ‘GREEN LIGHT’ 

“Ada kenal orang baharu, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” kata pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu yang mengakui ada mengenali wanita lain, selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, yang ditemui media pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna itu bagaimanapun berkata, hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti.


“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat. Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak,” ujarnya.

Berkongsi tentang perkembangan lain, Shuib beritahu dia kini lebih fokus pada keluarga dan perniagaan air minuman Bubble Bee yang diusahakan.

“Saya memang slow down sedikit dalam dunia seni. Ramai juga kawan-kawan yang ajak kembali. Namun buat masa sekarang mahu fokus kepada keluarga dan perniagaan. Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri,” jelasnya

SHUIB AKUI KINI SEDANG KENALI SESEORANG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply