Ronaldo beri bayangan angkat kaki - EDISI SIASAT

Ronaldo beri bayangan angkat kaki

Read Time:1 Minute, 43 Second
Ronaldo beri bayangan angkat kaki
Ronaldo sedang pertimbang untuk tinggalkan United jika pengurus baharu yang dipilih tidak sesuai dengannya.

Ronaldo beri bayangan angkat kaki

MANCHESTER: Laporan baharu yang mengejutkan mendakwa Cristiano Ronaldo sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Manchester United pada hujung musim ini jika pengurus baharu yang dipilih tidak sesuai dengannya.

Daily Star mendakwa bintang Portugal itu mengikuti rapat mengenai pilihan pasukan untuk melantik pengurus baharu secara tetap bagi musim depan.

Ronaldo yang memiliki kontrak sehingga 2023 bersedia untuk meninggalkan pasukan itu semusim lebih awal jika pengendali baharu tidak mampu menjadikan dia lebih baik berbanding ketika ini.

United gagal menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan sejak dipimpin pengendali sementara, Ralf Rangnick.

Sumber memberitahu bahawa Ronaldo beranggapan ‘United sepatutnya lebih baik berbanding ketika ini’ dan sebagai ‘pemenang’, dia mahu memenangi lebih banyak trofi.

Rangnick akan menjadi sebahagian daripada individu untuk melantik pengurus baharu secara tetap bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat, November lalu.

Sportsmail sebelum ini melaporkan United sudah menyenaraikan tiga calon iaitu pengendali Paris Saint Germain, Mauricio Pochettino, pengurus Ajax, Erik ten Hag dan bos Leicester City, Brendan Rodgers.

Pengendali baharu itu nanti perlu mencari jalan bagi memaksimumkan kemampuan Ronaldo memandangkan dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan formasi 4-2-2-2 yang digemari Rangnick.

Ketika ini, suasana dalam bilik persalinan United juga kurang baik apabila mereka berdepan kehilangan pemain secara besar-besaran jika situasi tidak berubah.

Moral pasukan berada pada tahap terendah dengan 17 pemain dikatakan tidak gembira buat masa ini. -AGENSI

Ronaldo beri bayangan angkat kaki


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?


Share

Leave a Reply