PSM optimis pasukan luar sertai Piala Juara-Juara - EDISI SIASAT

PSM optimis pasukan luar sertai Piala Juara-Juara

Read Time:2 Minute, 19 Second
PSM optimis pasukan luar sertai Piala Juara-Juara
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (belakang, tengah) bergambar bersama wakil setiap kumpulan yang bertanding pada Pertandingan Liga Sepak Takraw 2022 di Stadium Titiwangsa hari ini. Turut serta Pemangku Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz (belakang tiga, kiri). – Foto BERNAMA

PSM optimis pasukan luar sertai Piala Juara-Juara

KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz percaya Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) musim 2021-2022 akan tetap berlangsung dengan penyertaan pasukan negara luar.

Keyakinan itu disuarakan selepas ASTAF memberi kebenaran di saat akhir untuk membenarkan empat pemain import dari Thailand mewakili kelab yang beraksi di saingan liga yang membuka tirainya malam ini.

“Kita mempunyai keakraban yang baik dengan Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader dan saya rasa tak akan menjadi masalah sekiranya penganjuran STL 2021-2022 ingin membawa pasukan negara luar menyertai Piala Juara-Juara nanti.

“Kalau dilihat, sekarang pun Datuk Halim sudah membenarkan kita mengambil pemain luar dan pengadil bertaraf ASTAF dan ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) menyertai saingan liga, jadi ini bukan masalah.

Akramuddin (kiri) dalam sidang media STL 2021-2022 di Stadium Titiwangsa malam ini.

“Saya percaya Datuk Halim ini, nampak garang tetapi dalam hati ada taman,” kata Akramuddin dalam sidang media pembukaan kempen STL 2021-2022 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Ahad lalu, lima negara di bawah naungan ASTAF dinasihatkan tidak menyertai Piala Juara-Juara STL 2022.

Notis itu dikeluarkan ASTAF selepas mendapati Thailand, Korea Selatan, Indonesia, China dan Jepun dijemput untuk menyertai kejohanan berkenaan yang dijadual berlangsung di Johor Bahru pada Mac ini.

ASTAF melarang penyertaan negara di bawah naungannya dengan alasan kejohanan berkenaan dianjurkan PSM yang sebelum ini menerima hukuman penyingkiran daripada badan naungan Asia itu, Mei lalu.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (belakang, tengah) bergambar bersama pemain Kuala Lumpur Thunder selepas memenangi Perlawanan Piala Sumbangsih pada Liga Sepak Takraw 2022 di Stadium Titiwangsa hari ini. Turut serta Pemangku Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz (belakang tiga, kanan). – Foto BERNAMA

PSM optimis pasukan luar sertai Piala Juara-Juara


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?


 

Share

Leave a Reply