Polis siasat Azam - EDISI SIASAT

Polis siasat Azam

Read Time:1 Minute, 34 Second
Polis siasat Azam
Azam menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, semalam. – – Foto BERNAMA

Polis siasat Azam

KAJANG: Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengikut Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata laporan polis yang dibuat terhadap Azam berhubung kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

“Kalau dilihat kesalahan yang dilaporkan, ini berkaitan dengan akta SC. Mereka akan membuat siasatan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima maklum berhubung perkembangan siasatan berkenaan.

“Sekiranya ada kesalahan lain yang wujud, pihak polis akan memulakan satu lagi siasatan dan kertas siasatan baru akan dibuka,” katanya selepas menghadiri program membantu mangsa banjir, anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, di sini.

Sebelum ini SC memaklumkan akan memanggil Azam bagi mendapatkan penjelasan lanjut, selain mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam serta mengumpulkan bukti.

Terdahulu, tengah hari tadi beberapa Ahli Parlimen PKR membuat laporan polis terhadap Azam susulan pengakuan akaun sekuritinya digunakan oleh adik beliau, bagi membeli kepentingan dalam beberapa syarikat.

Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, turut menuntut supaya Azam direhatkan daripada jawatan sementara siasatan dijalankan.

Pembangkang juga meminta siasatan dilakukan badan bebas seperti Parlimen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Polis siasat Azam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply