Polis rakam percakapan suami isteri, kes serang, tendang - EDISI SIASAT

Polis rakam percakapan suami isteri, kes serang, tendang

Read Time:1 Minute, 53 Second
Polis rakam percakapan suami isteri, kes serang, tendang
Tangkap layar video berdurasi 45 saatyang memaparkan tindakan seorang lelaki dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas seorang lelaki lain. – Foto ihsan pembaca

Polis rakam percakapan suami isteri, kes serang, tendang

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam percakapan pasangan suami isteri yang menyerang dan menendang seorang lelaki di Pasar Pagi OUG, Jalan Hujan Rahmat,

Taman OUG, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi, mangsa berusia 58 tahun dicederakan selepas dia mengambil gambar tapak niaga milik suspek sebagai bukti berlakunya ketidakpatuhan syarat lesen perniagaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata suspek seorang lelaki berusia 53 tahun dikatakan telah mendirikan tapak niaga melebihi jumlah tapak yang dibenarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengambil gambar kemudian telah menyerang dan menendang mangsa di bahagian belakang badan sehingga mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dalam pada itu seorang lagi wanita yang juga isteri suspek berusia 48 tahun dikesan berkemungkinan terbabit dalam kes ini dan turut dipanggil memberikan keterangan selepas perintah untuk menyiasat diperoleh daripada pihak Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, pasangan suami isteri terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera.

Katanya, orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukan tindakan luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana orang.

Terdahulu terkesan satu video berdurasi 45 saat, dipercayai dirakam saksi awam yang memaparkan tindakan seorang lelaki dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas seorang lelaki lain.

Polis rakam percakapan suami isteri, kes serang, tendang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply