Polis cari saksi penting perbicaraan kes dadah - EDISI SIASAT

Polis cari saksi penting perbicaraan kes dadah

Read Time:1 Minute, 14 Second
Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Aiman Haziq Mohd Razainy, 25,
Aiman Haziq Mohd Razainy, 25,

Polis cari saksi penting perbicaraan kes dadah

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Aiman Haziq Mohd Razainy, 25, untuk menjadi saksi perbicaraan berkaitan kes dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, minggu depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Majid, berkata lelaki itu adalah saksi penting perbicaraan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Beliau dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan yang akan berlangsung pada 10, 11 dan 14 Januari ini.

“Orang ramai yang mengenali Aiman Haziq diminta untuk memaklumkan kepadanya bahawa beliau adalah saksi penting perbicaraan kes itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Syahir Ajamain di talian 011-62625970.

Polis cari saksi penting perbicaraan kes dadah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply