Persatuan terlalu bergantung kepada MSN - EDISI SIASAT

Persatuan terlalu bergantung kepada MSN

Read Time:2 Minute, 42 Second
Persatuan terlalu bergantung kepada MSN
Isu pengguguran atlet daripada program latihan sepenuh masa di bawah Majlis Sukan Negara

Persatuan terlalu bergantung kepada MSN

KUALA LUMPUR: Isu pengguguran atlet daripada program latihan sepenuh masa di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) tahun ini susulan pengurangan peruntukan kewangan boleh diatasi sekiranya persatuan sukan kebangsaan memainkan peranan mereka dengan lebih efektif.

Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin berkata, kebergantungan sepenuhnya persatuan terhadap peruntukan daripada MSN mengakibatkan atlet kini menjadi mangsa apabila digugurkan daripada program.

Katanya, persatuan sejak dulu lagi sepatutnya berusaha untuk mendapatkan penajaan bagi menampung kos perbelanjaan buat atlet terutamanya dalam situasi yang dihadapi ketika ini.

“Apabila terlalu bergantung kepada MSN, MSN kata tidak… persatuan pun terpaksa ikut sebab hanya mengharapkan peruntukan daripada MSN. Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan MSN sepenuhnya kerana banyak atlet dan persatuan yang mereka perlu jaga.

“Jadi, persatuan sepatutnya memainkan peranan, cari penaja. Contohilah BAM persatuan Badminton Malaysia) yang mana mereka turut bayar gaji kepada pemain di samping elaun latihan diberikan MSN.

“Kalau sejak dulu lagi persatuan memainkan peranan mereka, situasi seperti hari ini boleh dielakkan sebenarnya.

“Kalau pun atlet digugurkan daripada program MSN, persatuan yang mempunyai sumber kewangan kukuh pastinya mampu mengambil tanggungjawab untuk menampung elaun dan kos lain membabitkan atlet,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Susulan peruntukan kewangan yang terhad, MSN terpaksa mengurangkan penyertaan atlet dalam program latihan tahun ini dengan hanya 248 ditawarkan kontrak baharu berbanding 432 tahun lalu.

Bagi atlet para pula, seramai 45 atlet dipilih meneruskan program berbanding 114 pada tahun lalu manakala sebanyak 178 atlet pelapis ditawarkan kontrak baharu berbanding 260 tahun lalu dan 22 bagi atlet pelapis para.

MSN sebelum ini menetapkan pencapaian di peringkat tertinggi sebagai petunjuk prestasi utama untuk membolehkan atlet kekal dalam program latihan bermula tahun ini.

Walaupun dirinya tidak terkesan dengan isu yang melanda ketika ini, namun Irfan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA empat kali berturut-turut itu menzahirkan rasa simpati ke atas rakan atlet yang digugurkan daripada program latihan tahun ini.

Irfan yang turut memenangi perak Kejohanan Asia 2017, berpandangan skim elaun baharu yang diperkenalkan MSN dengan pemenang perak dan gangsa Sukan SEA dibayar RM800 sebulan adalah tidak setimpal.

“Saya memang tidak bersetuju dengan skim sebelum ini apabila pemenang perak dan gangsa menerima bayaran RM2,000 sama seperti pemenang emas. Namun, saya berpandangan skim yang baharu ini terlalu rendah untuk pemenang perak dan gangsa.

“Sepatutnya emas RM2,000, perak RM1,500 dan gangsa RM1,000. Saya fikir ia lebih elok begitu,” katanya yang memenangi emas Sukan SEA bermula edisi 2013, 2015, 2017 dan 2019.

Persatuan terlalu bergantung kepada MSN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply