'Perjalanan terakhir' lawat isteri di hospital - EDISI SIASAT

‘Perjalanan terakhir’ lawat isteri di hospital

Read Time:1 Minute, 44 Second
'Perjalanan terakhir' lawat isteri di hospital
Seorang penunggang motosikal maut dalam kelangan di Kilometer 5.7 BKE, semalam. – Foto ihsan pembaca

‘Perjalanan terakhir’ lawat isteri di hospital

BUTTERWORTH: Perjalanan seorang suami menunggang motosikal untuk melawat isteri sedang menerima rawatan di hospital, berakhir tragedi apabila lelaki itu maut dalam nahas di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata insiden itu membabitkan motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z ditunggang mangsa dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dipandu jurujual berusia 33 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar belakang SUV itu yang berhenti di bahu lebuh raya (lorong kecemasan).

“Pemandu SUV terbabit memberhentikan keretanya untuk melakukan pemeriksaan berikutan kenderaan itu dikatakan mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal datang dari arah belakang melanggar belakang SUV sehingga menyebabkan penunggangnya terkorban,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shafee berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk melawat isterinya yang sedang menerima rawatan di situ.

Susulan itu, beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke HSJ untuk proses bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

‘Perjalanan terakhir’ lawat isteri di hospital


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply