Kerajaan tidak campur tangan isu Azam Baki - PM - EDISI SIASAT

Kerajaan tidak campur tangan isu Azam Baki – PM

Read Time:3 Minute, 4 Second
Kerajaan tidak campur tangan isu Azam Baki - PM
Ismail Sabri Yaakob (kanan) berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sempena lawatan pasca banjir daerah Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu hari ini. FOTO BERNAMA

Kerajaan tidak campur tangan isu Azam Baki – PM

Kota Marudu: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan kekal dengan keputusan untuk tidak campur tangan dalam kes yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam kes berkenaan kerana ia bertentangan dengan tujuan penubuhan SPRM sebagai sebuah badan bebas yang tiada campur tangan kerajaan terutama membabitkan Perdana Menteri.

Menurutnya, semua pihak perlu memahami perkara itu dan konsisten dalam memastikan SPRM kekal sebagai badan bebas yang tiada campur tangan mana-mana pihak termasuk oleh Perdana Menteri dan kerajaan.

“Asalnya dulu SPRM adalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) tapi ramai tidak setuju jadi minta ia dijadikan sebuah badan bebas supaya tiada campur tangan secara langsung daripada kerajaan terutama oleh Perdana Menteri, sebab itu ditubuhkan SPRM.

“Sekarang mereka nak saya campur tangan pula. Jadi saya harap kita konsisten dengan apa yang dilakukan,” katanya ketika sidang media selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pakatan Harapan (PH) yang meminta supaya satu badan bebas menyiasat kes berkaitan pemilikan saham dalam syarikat di Bursa Malaysia oleh Azam selain menggesa beliau direhatkan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, tindakan sewajarnya berhubung kes yang dikaitkan dengan Azam tetap dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh SPRM.

“Gambaran diberi seolah-oleh kerajaan berdiam diri. Itu salah kerana tindakan sudah dilakukan mengikut tatacaranya selaku sebuah badan bebas.

“SPRM sendiri yang mengendalikan kes ada kaitan dengan mereka melalui siasatan dalaman Lembaga Penasihat SPRM.

“Suruhanjaya Sekuriti (EC) juga akan memanggil Azam untuk memberi penjelasan, jadi perkara ini sedang dilakukan pihak EC dan kita tunggu sajalah keputusannya.

“Kalau ada siasatan lain seperti polis dan lain-lain, tunggu selesai siasatan (EC). Meletakkan Azam seolah-olah sudah bersalah tidak wajar bagi saya.

“Apabila keputusan dibuat barulah ambil tindakan, tak boleh kacau badan lain siasat, kita kena percaya. Biar EC siasat berkaitan saham yang dikaitkan dengan Azam, lepas itu baru buat keputusan,” katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan tidak akan berkompromi jika ada isu berkaitan salah laku terhadap sesiapa saja.

Sementara itu, mengenai gesaan supaya Azam direhatkan ketika siasatan dijalankan, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga perlu konsisten dengan apa yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

“Itu juga kita mesti konsisten, sebab dulu Ketua Menteri Pulau Pinang dihadapkan ke mahkamah kerana isu rasuah tiada kedengaran daripada PH atau sesiapa minta beliau cuti atau berhenti.

“Beliau terus kekal sebagai Ketua Menteri. Jadi saya kata jangan ‘double standard’. Kalau dulu ada minta Ketua Menteri Pulau Pinang cuti atau berhenti barulah boleh kita arahkan tapi tiada siapa bising pun (pada masa itu),” katanya.

Kerajaan tidak campur tangan isu Azam Baki – PM


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply