Kemiskinan Myanmar dorong ribuan rakyatnya berhijrah ke Thailand - EDISI SIASAT

Kemiskinan Myanmar dorong ribuan rakyatnya berhijrah ke Thailand

Read Time:1 Minute, 55 Second
Kemiskinan Myanmar dorong ribuan rakyatnya berhijrah ke Thailand
Pendatang Myanmar duduk di atas tanah selepas ditahan oleh anggota tentera Thailand di wilayah Kanchanaburi, bersempadan dengan Myanmar. – AFP

Kemiskinan Myanmar dorong ribuan rakyatnya berhijrah ke Thailand

KANCHABURI: Pasangan suami isteri mengharungi perjalanan melelahkan untuk ke Thailand apabila perlu merentas hutan tebal dan kawasan pergunungan pada waktu malam bagi mengelak ditahan demi mencari bantuan ketika tiada pekerjaan negara mereka yang dilanda rampasan kuasa.

Myo Chit dan isterinya adalah antara ribuan pendatang membuat perjalanan beberapa bulan lalu, didorong krisis ekonomi berkembar akibat pandemik COVID-19 dan kegawatan dicetuskan oleh penggulingan kerajaan sivil Aung San Suu Kyi.

Perjalanan selama dua hari dari Wilayah Tanintharyi, Myanmar membawa mereka melalui ladang jagung dan getah serta hutan tebal sebelum tiba ke sempadan di mana lokasi untuk ke wilayah Kanchanaburi, Thailand dengan bantuan penyeludup.

Di sana, mereka berisiko ditangkap dan diproses segera untuk dihantar pulang oleh polis Thailand.

Pasangan itu mengembara ke wilayah Samut Sakhon di Bangkok, lokasi pendatang Myanmar mendapat pekerjaan.

Bagaimanapun, kehidupan pendatang asing tanpa izin di Thailand adalah suram.

Ramai menghabiskan malam mereka di perumahan sesak atau di rumah rakan dan saudara-mara dan setiap hari mengelak daripada pihak berkuasa.

“Namun, kami tidak boleh tinggal (di bandar kami)… kami terpaksa memikirkan masa depan anak,” kata Myo Chit, 45, kepada AFP.

Dia akhirnya mendapat pekerjaan di kilang pewarna pakaian dan memperoleh AS$10 (RM42.09) sehari.

Myo Chit yang terpaksa berpisah dengan anak berusia enam tahun dan seorang bayi itu berkata, ia sukar tetapi perlu dilakukan dan mereka kini dijaga mentuanya di Myanmar.

“Kami tidak dapat tinggal di sana kerana kos yang tinggi dan terpaksa tinggalkan kampung. Kami datang ke sini hanya untuk mencari wang,” katanya. – AFP

Kemiskinan Myanmar dorong ribuan rakyatnya berhijrah ke Thailand


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply