Hafizh Syahrin, Azlan berentap di Tangkak - EDISI SIASAT

Hafizh Syahrin, Azlan berentap di Tangkak

Read Time:1 Minute, 35 Second
Hafizh Syahrin, Azlan berentap di Tangkak
Azlan (kiri) dan Hafizh Syahrin akan berentap di Litar Tangkak, Ahad ini.

Hafizh Syahrin, Azlan berentap di Tangkak

KUALA LUMPUR: Litar Tangkak, Johor bakal menyaksikan ‘pertempuran’ antara dua pelumba ternama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dan Azlan Shah Kamaruzaman pada aksi Pusingan 3 MSF

Namun, persaingan bukan saja terarah kepada dua bekas pelumba di Kejuaraan Motosikal Dunia itu apabila saingan turut disertai juara dua kali SuperMoto Asia, Gabit Salleh dan Danial Haiqal dari pasukan KMTR.

Azlan dijadual menyertai perlumbaan dengan membawa momentum kemenangan di Pusingan 2 di litar sama bulan lalu namun pelumba berusia 37 tahun itu sedar akan persaingan sengit yang bakal dihadapinya.

“Dari sudut persaingan, Danial Haiqal masih menjadi ancaman dan saya menjangkakan satu lagi cabaran sengit dengannya,” kata Azlan dalam satu kenyataan.

“Dengan penyertaan Hafizh Syahrin, saya gembira dia bersama di grid perlumbaan kerana ia bakal menjadikan saingan lebih menarik lagi.

“Saya akan melakukan yang terbaik mungkin untuk menamatkan perlumbaan di depan Hafizh Syahrin.”

Sementara itu, Danial Haiqal yang dikenali sebagai ‘SuperMoto Alien’ turut menjangkakan satu persaingan sengit namun ia dianggap sebagai ‘penambah perisa’ dalam perlumbaan.

“Saya harap, saya dapat memberikan persaingan yang hebat kepada dua pelumba GP (Grand Prix) ini dan terus mengumpul mata berharga untuk kejuaraan,” kata pelumba berusia 22 tahun itu.

Hafizh Syahrin, Azlan berentap di Tangkak


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?


Share

Leave a Reply