Banjir: 31 sekolah di Johor tidak dibuka esok - EDISI SIASAT

Banjir: 31 sekolah di Johor tidak dibuka esok

Read Time:2 Minute, 9 Second
Banjir: 31 sekolah di Johor tidak dibuka esok
Tinjauan di Jalan Gombang, Jalan Lenga, Kampung Saujana Batu 29 dan Kampung Jawa, mendapati beberapa laluan masih digenangi air. FOTO BERNAMA

Banjir: 31 sekolah di Johor tidak dibuka esok

Johor Bahru: Sebanyak 31 sekolah di negeri ini tidak dapat dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula esok kerana masih terjejas akibat banjir dan dinaiki air bah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, daripada jumlah itu sebanyak 23 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) sementara lapan sekolah lagi masih dinaiki air bah.

Katanya, sekolah yang dijadikan PPS adalah masing-masing lapan sekolah di Segamat dan Tangkak, lima sekolah di Muar dan dua sekolah di Batu Pahat.

“Sebelum ini, sebanyak 46 sekolah di Johor dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas akibat banjir. Namun keadaan banjir semakin pulih, separuh daripadanya sudah ditutup.

“Bagi sekolah yang masih dijadikan PPS, ia tidak akan dibuka esok dan akan kekal menjadi PPS sehinggalah isu banjir ini selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Festival Permainan Tradisional Negeri Johor, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Sebanyak 1,184 sekolah di negeri ini dijadualkan dibuka esok bagi sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022, mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM).

Sementara itu, Mazlan berkata, empat sekolah di Tangkak, tiga di Segamat dan sebuah sekolah di Muar juga tidak akan memulakan sesi persekolahan esok kerana dilanda bah.

Katanya, sesi persekolahan bagi lapan sekolah yang terjejas itu hanya akan bermula sebaik keadaan banjir pulih.

“Selepas keadaan banjir pulih dan kerja pembersihan sudah selesai, barulah sekolah yang terjejas ini akan menyambung sesi persekolahan penggal ketiga.

“Bagi sekolah lain yang tidak terbabit banjir, sesi persekolahan akan berjalan seperti seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KPM.

“Seramai 684 pelajar di negeri ini dipindahkan ke PPS dan sehingga kini 369 daripadanya masih berada di PPS yang masih dibuka,” katanya.

Banjir: 31 sekolah di Johor tidak dibuka esok


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply