Bangladesh arah lebih 2,000 pasar haram Rohingya ditutup - EDISI SIASAT

Bangladesh arah lebih 2,000 pasar haram Rohingya ditutup

Read Time:2 Minute, 2 Second
Bangladesh arah lebih 2,000 pasar haram Rohingya ditutup
Gambar fail tapak kedai haram pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh selepas dirobohkan pihak berkuasa awal bulan lalu. – Foto AFP

Bangladesh arah lebih 2,000 pasar haram Rohingya ditutup

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh mengambil tindakan menutup lebih 2,000 pasar haram yang dikendalikan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.

Lapor Arab News, pasukan penguat kuasa terpaksa menutup beberapa kedai atas pelbagai sebab termasuk perniagaan produk haram yang dijalankan di kawasan itu.

Pada masa sama, kumpulan penjenayah turut menggunakan premis perniagaan berkenaan bagi tujuan pengedaran dadah dan bahan larangan lain.

Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Shamasud Douza, berkata pelarian Rohingya tidak dibenarkan menjalankan sebarang kegiatan perniagaan di kawasan kem pelarian.

Kedai haram dirobohkan dari masa ke masa sejak 2018 kerana kita juga memerlukan lebih banyak ruang kosong bagi menampung pelarian baru.

“Kini kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di kawasan tanah kosong bagi membina penempatan baharu dan pusat rawatan pelarian Rohingya,” katanya.

Disebabkan itu, pelarian Rohingya mengeluh mereka kehilangan sumber pendapatan dan sumber keperluan harian di kem pelarian berkenaan.

Awal Disember tahun lalu kira-kira 1,000 kedai milik pelarian Rohingya dimusnahkan, namun kebanyakannya dibina dan beroperasi kembali, sekali gus mendorong pihak berkuasa merobohkannya lagi.

Bangladesh menerima kemasukan lebih 1.1 juta pelarian Rohingya dari Myanmar akibat tindakan zalim pihak tentera sejak 2017 dan jumlah itu dijangka semakin meningkat berikutan tidak banyak negara lain yang mahu menerima mereka.

Kini terdapat sekitar 34 kem pelarian Rohingya di seluruh Bangladesh, dengan kerajaan cuba memindahkan mereka ke penempatan baharu di pulau buatan manusia, Bhashan Char, di Teluk Benggala.

Bagaimanapun, penghantaran ke kem pelarian di Teluk Bengala dibantah kerana kawasan itu terdedah kepada bahaya ancaman cuaca termasuk taufan dan banjir.

Bangladesh setakat ini mengaturkan penempatan semula kepada hampir 19,000 Rohingya di Bhashan Char. – AGENSI

Bangladesh arah lebih 2,000 pasar haram Rohingya ditutup


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?


Share

Leave a Reply