AMMAR TITAN KECEWA DENGAN PRODUKSI - EDISI SIASAT

AMMAR TITAN KECEWA DENGAN PRODUKSI

Read Time:2 Minute, 11 Second

AMMAR TITAN KECEWA DENGAN PRODUKSI – TIADA ETIKA KERJA, MASIH DIBAYAR RENDAH 

“Saya hanya terkilan dengan etika kerja yang tidak diamalkan. Sebagai pelakon saya perlukan perkara asas seperti skrip, peranan dan pelakon lain yang terlibat supaya boleh buat research bagi menjayakan watak tersebut. Jika tegur di tempat yang berbeza mungkin orang tak ambil peduli. Saya gunakan media sosial sebagai pendekatan betul mewakili semua orang dalam industri.

“Kita dah masuk tahun 2022 dan mahu bergerak ke arah yang lebih baik. Saya tak nak susahkan orang lain apabila masuk ke set penggambaran nanti dengan ilmu yang kosong,” demikianlah ujar pelawak dan pelakon Ammar Titan yang meluahkan rasa kecewa dengan cara bekerja sebuah produksi dan menganggap pihak tersebut tidak mengamalkan etika kerja sehingga menyusahkan pelakon yang terlibat.

Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan, 35, berkata, dia kesal apabila produksi berkenaan gagal menyediakan maklumat terperinci berkaitan penggambaran yang bakal dijalankan. Selain itu, Amar berkata, dia juga tidak setuju soal bayaran ditawarkan segelintir produksi yang dianggap tidak setimpal.

Dia berpendapat, seorang pelakon harus dinilai berdasarkan pengalaman dan bukan mengikut harga ketika awal kemunculannya. Dalam pada itu, Amar berharap teguran yang dibuat akan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni pada masa akan datang. Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan diri supaya terus menjaga etika yang baik ketika bekerja.


“Mereka masih expect untuk bayar dengan harga ketika saya bermula dahulu sekitar tahun 2011. Harga sayur di pasar pun sudah naik sekarang ini. Bayaran seorang pelakon itu harus dinilai mengikut pengalaman berada dalam industri. Industri kita kecil sahaja, pusing-pusing akan jumpa orang yang sama. Saya mahukan suasana yang harmoni dan seronok bekerja.

“Saya dididik oleh orang-orang yang berpengalaman dalam industri dan mereka sentiasa berpesan supaya menjaga etika kerja. Dengan begitu kita akan dapat lebih ruang untuk berkongsi bakat dan jayakan sesebuah karya. Syukur setakat ini cara kerja saya masih okey,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ammar kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama ‘Pok Ya The Series’ bersama pelakon senior Eman Manan dan bakal muncul dalam drama 4 Abdul 1 Mohd bermula 24 Januari ini.

AMMAR TITAN KECEWA DENGAN PRODUKSI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply