ALIFF AZIZ TOLAK TAWARAN BERLAKON - EDISI SIASAT

ALIFF AZIZ TOLAK TAWARAN BERLAKON

Read Time:1 Minute, 41 Second

ALIFF AZIZ TOLAK TAWARAN BERLAKON – DEMI FOKUS GV8

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memberitahu dia mahu memberikan sepenuh fokus kepada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), sehingga terpaksa mengenepikan beberapa tawaran berlakon selepas lama tidak muncul di kaca televisyen dengan drama terbaru.

Tidak mahu tamak menggalas pelbagai tanggungjawab pada satu masa, selebriti kelahiran Singapura itu mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap GV8 yang kini sudah memasuki peringkat suku akhir.

“Betul, saya ada menerima pelawaan untuk menjayakan drama daripada beberapa produksi. Namun, saya menjelaskan dengan baik yang mana fokus diberikan kepada GV terlebih dulu.

“Bukan apa, kadang-kadang kalau kita nak buat satu benda pada satu masa, bimbang badan jadi terlalu letih. Nanti akan timbulkan masalah. Mujur mereka memahami dan menghormati keputusan yang dibuat oleh saya pada masa ini. Insya-Allah selepas ini saya akan kembali.


“Walaupun konsert pada Ahad tapi komitmennya agak besar bagi semua yang bertanding. Persediaan penting bagi memberikan yang terbaik saban minggu,” katanya.

Suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah ini turut meluahkan rasa syukur biarpun diduga dengan pelbagai ujian, namun masih diberikan kepercayaan.

“Saya rasa sangat terharu sebab bila diimbas kehidupan saya beberapa tahun lalu, Allah berikan ujian di sebalik kelemahan di mana saya lalui fasa mencabar.

“Jadi, bila diberikan peluang untuk kembali buat persembahan atas pentas besar seterusnya dapat tawaran lakonan, saya tiada kata-kata. Sangat bersyukur dan gembira. Ini berkat doa yang baik-baik daripada semua juga, Insya-Allah,” tuturnya.

ALIFF AZIZ TOLAK TAWARAN BERLAKON


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply