3 warga China diculik, 2 penduduk dibunuh di Nigeria - EDISI SIASAT

3 warga China diculik, 2 penduduk dibunuh di Nigeria

Read Time:1 Minute, 45 Second

3 warga China diculik, 2 penduduk dibunuh di Nigeria

3 warga China diculik, 2 penduduk dibunuh di Nigeria

YENAGOA: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik tiga warga China sebelum membunuh dua kakitangan yang sedang bekerja di tapak projek jana kuasa di Niger, Nigeria, Selasa lalu.

Jurucakap Polis Niger, Wasiu Abiodun, berkata penculikan dilakukan suspek yang disyaki anggota kumpulan penjenayah yang kini giat melancarkan serangan di kawasan berkenaan.

“Serangan kali ini menyasarkan kakitangan projek Empangan Kuasa Sino-Hydro yang sedang bekerja di menara talian transmisi di sebuah kampung.

“Selepas berlaku pertempuran senjata dengan polis, tiga warga China diculik manakala empat rakan senegara mereka berjaya diselamatkan.”Suspek turut menembak seorang pekerja warga China dan dua kakitangan yang juga penduduk tempatan, yang mana seorang warga Nigeria disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Tambah beliau, keadaan kacau bilau ketika serangan dimanfaatkan penculik untuk melarikan tiga mangsa ekspatriat itu.

Katanya lagi, pasukan polis dan tentera kini bersama melancarkan gerakan memburu suspek serta operasi menyelamat mangsa culik.

Kumpulan penjenayah yang sama turut melakukan kegiatan menyamun dan disyaki terbabit dalam penculikan kanak-kanak sekolah dan orang awam.

Kata Abiodun, modus operandi mereka ialah membawa mangsa ke hutan sebelum meminta wang bagi melepaskan tebusan.

Kerajaan Nigeria pada Rabu menyenaraikan dua kumpulan penyamun sebagai pengganas, sekali gus membenarkan pasukan keselamatan menggunakan kekerasan termasuk membunuh, tanpa perlu menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut tentera, dua pemimpin penyamun terbunuh awal minggu ini berikutan serangan udara tentera di negeri Zamfara, di mana pihak berkuasa mengenakan sekatan telekomunikasi pada September lalu bagi cuba menyekat operasi mereka. REUTERS

3 warga China diculik, 2 penduduk dibunuh di Nigeria


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?


Share

Leave a Reply