20 terperangkap susulan runtuhan bangunan terbakar di China - EDISI SIASAT

20 terperangkap susulan runtuhan bangunan terbakar di China

Read Time:2 Minute, 0 Second
20 terperangkap susulan runtuhan bangunan terbakar di China
Lebih 20 orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan sebuah kantin selepas letupan gas di bandar Chongqing di barat daya China pada Jumaat. – Foto WEIBO

20 terperangkap susulan runtuhan bangunan terbakar di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 20 orang terperangkap susulan letupan yang meruntuhkan sebuah bangunan menempatkan kantin kerajaan di bandar Chongqing di China, hari ini, menurut media kerajaan.

Kejadian disyaki berlaku akibat ‘kebocoran gas’ di sebuah kantin, menyebabkan bangunan jawatankuasa kejiranan runtuh, pada jam 12.10 tengah hari, lapor People’s Daily.

Pihak berkuasa menghantar kira-kira 260 anggota penyelamat dan 50 kenderaan ke lokasi kejadian, lapor CCTV negeri, sambil menambah punca letupan sedang disiasat.

Video disiarkan di halaman Weibo rasmi jabatan bomba China menunjukkan anggota memanjat melalui cebisan besar runtuhan.

Sembilan mangsa sudah diselamatkan, kata jabatan itu, manakala agensi berita rasmi Xinhua berkata, beberapa mangsa cedera dibawa ke hospital, tanpa memberikan butiran lanjut.

Rakaman CCTV disiarkan di media sosial menunjukkan asap dan debu berkepul dari bangunan runtuh di daerah Wulong di pinggir barat daya bandar itu.

Seorang saksi memberitahu TV Phoenix kendalian kerajaan, letupan itu ‘sangat menakutkan… tingkap kami semua pecah’.

Pegawai kerajaan tempatan menubuhkan ‘pusat tindak balas kecemasan di lokasi’ bagi mengarahkan kerja menyelamat dan menyediakan rawatan perubatan, lapor People’s Daily.

Kebocoran gas dan letupan bukan perkara luar biasa di China, berpunca akibat standard keselamatan lemah dan rasuah dalam kalangan pegawai ditugaskan untuk menguatkuasakannya.

Pada Jun lalu, 25 maut dalam letupan gas meranapkan kawasan kediaman dan bangunan dua tingkat yang padat dengan pembeli.

Lapan suspek, termasuk pengurus besar syarikat memiliki paip gas itu ditahan selepas kerajaan berkata ‘sistem pengurusan keselamatannya tidak kukuh’.

Pada bulan sama, 18 lagi maut dan ramai cedera ekoran kebakaran di sekolah seni mempertahankan diri dengan media kerajaan melaporkan semua mangsa adalah pelajar sekolah berasrama penuh. – AFP

20 terperangkap susulan runtuhan bangunan terbakar di China


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply