2 treler hangus, pemandu parah nahas di Seremban - EDISI SIASAT

2 treler hangus, pemandu parah nahas di Seremban

Read Time:1 Minute, 48 Second
2 treler hangus, pemandu parah nahas di Seremban
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran dua treler terbabit nahas di Kilometer 268.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran RnR Seremban, malam tadi. – FOTO BOMBA

2 treler hangus, pemandu parah nahas di Seremban

SEREMBAN: Dua treler hangus selepas terbabit kemalangan di Kilometer 268.4 Lebuhraya Utara- Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, dekat sini, tengah malam tadi yang turut menyaksikan pemandu sebuah daripada kenderaan itu cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya mendapat panggilan jam 12.19 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 dikerah ke lokasi.

“Sebaik tiba, bomba mendapati dua treler terbakar akibat kemalangan dan pihak kami menjalankan kerja pemadaman api dan penyejukan. Dianggarkan kedua-dua treler berkenaan, masing-masing membawa muatan jentera berat dan kertas kitar semula hangus kira-kira 90 peratus.

“Pemandu treler membawa kertas kitar semula cedera dan sudah dibawa Hospital Tuanku Ja’afar Seremban oleh ambulans sebelum bomba tiba. Pihak kami berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 4.20 pagi, namun menerima panggilan kedua daripada orang awam jam 5.30 pagi memaklumkan terdapat asap daripada ketulan mampat kertas kitar semula.

“Difahamkan treler yang membawa muatan jentera berat mengalami kerosakan dan pemandunya berhenti di lorong kecemasan untuk membaiki kerosakan sebelum treler yang membawa muatan kertas dari arah sama merempuh bahagian belakang,” katanya.

Kejadian berkenaan menyebabkan kesesakan lebih dua kilometer di lokasi berkenaan sehingga jam 9 pagi tadi kerana sisa kebakaran masih berada di lokasi.

2 treler hangus, pemandu parah nahas di Seremban


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Ini Hendak Bantu Rakyat Atau Hendak Siksa Rakyat

Share

Leave a Reply