RM580.88 juta kerugian akibat Macau Scam tahun lalu - EDISI SIASAT

RM580.88 juta kerugian akibat Macau Scam tahun lalu

Read Time:2 Minute, 41 Second

akibat Macau Scam tahun lalu

RM580.88 juta kerugian akibat Macau Scam tahun lalu

KUALA LUMPUR: Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 1,585 kes penipuan Macau Scam disiasat tahun lalu membabitkan kerugian berjumlah RM580.88 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata hasil siasatan dijalankan, seramai 9,646 individu ditahan sepanjang tahun lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan itu.

“Penipuan secara panggilan telefon atau Macau Scam bukan sesuatu yang baharu dan PDRM sentiasa komited untuk membendung kegiatan itu melalui siasatan dan operasi berterusan.

“Namun sindiket yang dikenal pasti turut membabitkan rangkaian di luar negara yang menyukarkan tindakan pembanterasan dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru, kita minta masyarakat lebih berwaspada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, pemantuan polis mendapati sindiket Macau Scam kerap menukar modus operandi untuk memancing dan memperdaya mangsa.

Dalam pada itu, katanya masyarakat diminta berwaspada sekiranya menerima panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan insentif atau bantuan diberikan kerajaan.

Perkara ini susulan pihaknya mengesan wujud dua modus operandi terbaru digunakan sindiket penipuan Macau Scam untuk memperdayakan mangsa termasuk atas nama ‘bantuan kerajaan’.

“Mangsa akan dihubungi menerusi panggilan telefon dan sekiranya mahu menerima bantuan itu, mangsa diminta menyerahkan ID (Pengenalan Pengguna) dan kata laluan perbankan dalam talian.

“Ia kononnya untuk memudahkan proses pembayaran bantuan, namun selepas ID dan kata laluan diberikan, mangsa mendapati wang dalam akaun simpanan mereka lesap atau berkurangan,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Katanya, pihaknya turut mengesan satu lagi modus operandi terbaru oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai dari agensi penguat kuasa seperti polis, mahkamah dan Bank Negara.

“Mangsa akan dimaklumkan akaun bank mereka sedang disiasat dan wang mereka akan dibekukan atau hilang.

“Bagi mengelakkan perkara ini, mereka diminta membuka akaun bank baharu dan mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian dengan menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh sindiket,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, selepas mengikut semua arahan yang diberikan, mangsa menyedari menjadi mangsa penipuan selepas mendapati wang dalam akaun mereka dikeluarkan tanpa pengetahuan.

“Kita kerap tegaskan bahawa sebarang maklumat perbankan seperti ID, kata laluan dan nombor telefon adalah data yang amat penting serta sulit dan ia sama sekali tidak boleh dimaklumkan kepada pihak lain, lebih-lebih lagi individu yang tidak dikenali.

“Pihak polis juga tidak pernah meminta maklumat sebegini dalam menjalankan siasatan. Justeru, kita minta orang ramai sentiasa berhati-hati dan peka dengan sebarang modus operandi digunakan penjenayah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan nasihat berkaitan jenayah komersial supaya berhubung dengan pihak polis melalui CCID Scam Response Center di talian 03-2610559/1599.

RM580.88 juta kerugian akibat Macau Scam tahun lalu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply