Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat - EDISI SIASAT

Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat

Read Time:1 Minute, 40 Second
Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat
Tangkap layar video tular Raja Bomoh berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan.

Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin yang dikenali sebagai Raja Bomoh berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan.

Upacara itu tular di media sosial hari ini menerusi video berdurasi 25 minit yang memperlihatkan Ibrahim melakukan upacara dipercayai menolak musibah banjir bersama seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, perbuatan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perbuatan itu dan menjauhi amalan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi rakaman tersebut, Ibrahim mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat surut air (tidak banjir) bukan saja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia.

Puteri Zaleha pula mendakwa tilikannya menunjukkan Teluk Intan akan ditenggelami banjir dan apa yang dilakukan itu bagi mengelak musibah bencana itu.

Dalam rakaman itu, Ibrahim dan Puteri Zaleha turut berdoa kepada Allah SWT di mana kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan al-Quran. Turut kelihatan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan pelbagai jenis daun.-K! ONLINE

Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?



Share

Leave a Reply