Polis Johor, POLRI kenal pasti dalang tragedi bot karam - EDISI SIASAT

Polis Johor, POLRI kenal pasti dalang tragedi bot karam

Read Time:2 Minute, 24 Second
Polis Johor, POLRI kenal pasti dalang tragedi bot karam
Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, menerangkan kejayaan

Polis Johor, POLRI kenal pasti dalang tragedi bot karam

JOHOR BAHRU: Polis Johor dan Polisi Republik Indonesia (POLRI) sudah mengenal pasti dalang yang terbabit dalam tragedi bot pancung karam di Pantai Tanjung Balau, 15 Disember lalu, yang mengorbankan 21 nyawa.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, berkata butiran lanjut mengenai dalang berkenaan belum dapat didedahkan berikutan tidak mahu mengganggu siasatan.

“Polis Johor dan POLRI sudah tahu siapa dalang di sebalik tragedi bot pancung karam di Tanjung Balau, yang mengorbankan 21 nyawa dengan 16 masih hilang serta 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) selamat.

“Tindakan susulan sedang diambil polis dari kedua-dua negara ketika ini.

“Maklumat lanjut tidak boleh didedahkan supaya tangkapan berjaya dilakukan. Nanti kita akan maklum jika sudah ada tangkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Pada 15 Disember lalu, bot membawa 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia itu terbalik akibat cuaca buruk ketika dipercayai mahu mendaratkan migran terbabit di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Akibat tragedi itu, seramai 21 mangsa mati termasuk seorang yang meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, manakala 13 terselamat dan 16 lagi belum diketahui status mereka.

Sementara itu, Kok Chin berkata, Polis Johor menahan 1,460 PATI menerusi 137 serbuan Ops Benteng, tahun lalu.

Katanya, jumlah itu membabitkan seramai 1,387 migran dan 73 tekong termasuk 30 warga tempatan.

“Baki 43 tekong lagi membabitkan 40 warga Indonesia, dua orang Pakistan dan seorang warga Thailand.

“Tahun lalu, polis juga merampas tiga bot pancung, 22 motokar dan masing-masing satu van serta motosikal.

“Sebanyak 29 kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang mana 19 berjaya dituduh membabitkan 38 tekong warga Indonesia,” katanya.

Dalam perkembangan banjir di Johor, Kok Chin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai orang hilang akibat bencana itu selain tiada kes kecurian membabitkan barangan mangsa yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita juga mengesahkan tiada balai polis di kawasan banjir dinaiki air kecuali Galeri Darurat Bukit Kepong di Pagoh, Muar. Tetapi, tiada barangan yang rosak kerana ia dipindahkan lebih awal sebelum banjir,” katanya.

Polis Johor, POLRI kenal pasti dalang tragedi bot karam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply