Penyelamat dengar jeritan mangsa - EDISI SIASAT

Penyelamat dengar jeritan mangsa

Read Time:1 Minute, 32 Second
Penyelamat dengar jeritan mangsa
Pasukan SAR menjalankan operasi mencari lelaki warga emas bersama cucu perempuan yang hilang di hutan berdekatan Kampung Binyok, Jalan Tanjung Bako, Kota Samarahan. FOTO NSTP/NORSYAZWANI NASRI

Penyelamat dengar jeritan mangsa

KOTA SAMARAHAN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Sarawak giat mencari seorang lelaki warga emas bersama cucu perempuannya yang hilang ketika keluar mencari asam kelubi di hutan berdekatan Kampung Binyok, Jalan Tanjung Bako, sejak tengah hari tadi.

Mangsa Aidil Junit,71, serta cucunya Nurul Suhada, 12, dikatakan keluar dari rumah dan masuk ke hutan pada jam 12 tengah hari dan belum pulang sehingga kini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7.13 malam dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dihantar ke lokasi.

“Cucunya dapat dihubungi petugas Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sarawak untuk memintanya menghantar lokasi melalui WhatsApp tetapi gagal. Sehubungan itu, operasi SAR digerakkan bersama orang kampung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sekumpulan anggota Bomba Kota Samarahan yang terdiri dari 14 anggota dan orang kampung memasuki hutan ke lokasi dan berpecah kepada dua arah yang dianggarkan sejauh dua kilometer.

“Pasukan SAR memaklumkan mendengar suara mangsa menjerit, namun kedudukan mangsa belum dikesan. Pasukan penyelamat masih berusaha menjejaki kawasan mangsa,” katanya.

Penyelamat dengar jeritan mangsa


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan : Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214  –  Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Benarkah Dakwaan UMNO Tamak Kuasa?

Share

Leave a Reply